MALAYSIA
Global Sumud Flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas - Agong
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kanan) dan Ketua Polis Negara Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Global Sumud Flotilla (GSF) adalah contoh misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan, khususnya golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan terhadap sukarelawan yang sanggup menggalas risiko serta cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa, termasuk penyertaan rakyat Malaysia dalam misi tersebut.
Sultan Ibrahim bertitah, misi GSF merupakan contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat," titah baginda kepada Royal Press Office.
Titah Yang di-Pertuan Agong itu turut dikongsi di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada Jumaat.
Dalam hantaran sama, Sultan Ibrahim turut memaklumkan baginda telah menerima taklimat terkini mengenai perkembangan GSF, termasuk usaha yang sedang dilakukan Malaysia bagi membebaskan sukarelawan rakyat negara ini.
“Semoga setiap usaha murni yang sedang digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah baginda lagi.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.