[TERKINI] Zizi Kirana Ditahan oleh Israel – 13 Aktivis Malaysia Terputus Hubungan. Ikuti Laporan Langsung Sekarang!
MALAYSIA

Global Sumud Flotilla: Kapal misi kemanusiaan Free Willy dipintas Israel

Ernalisa Othman 02/10/2025 | 07:34 MYT
Tiga aktivis Malaysia di kapal Free Willy ialah Muhd Haikal Luqman Zulkefli, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, serta Dr Taufiq Mohd Razif. - Foto FB Sumud Nusantara Official
SEPANG: Sebuah lagi kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa tiga aktivis Malaysia dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa pada jam 7.53 pagi waktu Gaza.


Ringkasan AI
  • Kapal Free Willy yang membawa tiga aktivis Malaysia Muhd Haikal Luqman Zulkefli, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) dan Dr Taufiq Mohd Razif dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa pada jam 7.53 pagi waktu Gaza.
  • Kapal ini merupakan sebahagian daripada konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menghimpunkan delegasi dari 45 negara untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
  • Beberapa kapal lain turut dipintas lebih awal, termasuk yang membawa penyanyi dan aktivis Malaysia, Zizi Kirana.


Kapal yang dikenali sebagai Free Willy itu menjadi antara puluhan kapal dalam konvoi kemanusiaan menuju Gaza sebelum dihalang masuk oleh tentera laut rejim Zionis.

Sumud Nusantara dalam kenyataan di Facebook rasmi mengesahkan kapal berkenaan membawa tiga sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut.



Menurut kenyataan itu, pihaknya akan terus memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa berhubung nasib kesemua peserta di atas kapal.

Tiga aktivis Malaysia di kapal Free Willy ialah Muhd Haikal Luqman Zulkefli, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, serta Dr Taufiq Mohd Razif.

Misi flotila kali ini menghimpunkan delegasi antarabangsa dari 45 negara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Beberapa kapal lain turut dipintas lebih awal termasuk kapal yang membawa penyanyi dan aktivis Malaysia, Zizi Kirana bersama sukarelawan lain.







#Global Sumud Flotilla #Free Willy #dipintas Israel #rakyat Malaysia #Gaza #terkini