awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Kapal observer alami kerosakan, misi tetap diteruskan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/09/2025
11:00 MYT
Global Sumud Flotilla: Kapal observer alami kerosakan, misi tetap diteruskan
Flotilla dijangka memasuki zon kuning pada jam 9.18 malam ini waktu Malaysia. - Foto Reuters
SEPANG: Misi Global Sumud Flotilla kini memasuki hari ke-29 pelayaran dengan keadaan keselamatan yang terkawal meskipun salah sebuah kapal observer, Johnny M, mengalami kerosakan teknikal.
Pengarah Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara, Datuk Sani Araby, memaklumkan kapal tersebut mengalami kebocoran ruang enjin sehingga dimasuki air, menyebabkan ia tidak dapat meneruskan pelayaran.
“Semua peserta kapal Johnny M, termasuk enam delegasi dari Malaysia, berjaya dipindahkan ke kapal lain pada jam 2 petang waktu Malaysia. Daripada 47 kapal, kini tinggal 46 kapal meneruskan misi,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Misi Global Sumud Flotilla, pada Isnin.
Beliau menjelaskan flotilla ketika ini berada 366 batu nautika dari pesisir pantai Gaza dan dijangka memasuki zon kuning pada jam 9.18 malam ini waktu Malaysia.
Tiada laporan aktiviti dron direkodkan semalam dan keseluruhan delegasi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Mengulas mengenai laporan tular yang mendakwa kapal delegasi terbakar, beliau menegaskan ia tidak benar.
“Kami menafikan berita tidak sahih tersebut. Misi tetap diteruskan dengan semangat solidariti antarabangsa. Kami berharap semua pihak menjadi penguat semangat dan tidak terpedaya dengan cubaan melemahkan barisan ini,” jelasnya.
Beliau juga memaklumkan delegasi dijangka akan memasuki zon merah dan perairan Gaza pada Khamis, sekali gus menafikan jangkaan sesetengah pihak yang mendakwa ia akan berlaku seawal Selasa.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Global Sumud Flotilla
#zon merah
#laporan tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan