MALAYSIA

Global Sumud Flotilla ke Gaza terus berlayar, kawalan keselamatan diperketat

Ernalisa Othman 27/09/2025 | 06:36 MYT
Tiada sebarang insiden besar direkodkan setakat semalam, kecuali serangan bom bunyi oleh 15 dron pada 22 September lalu. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Misi flotilla ke Gaza kini dilaporkan berada di perairan Greece dan belum memasuki zon kuning, dengan semua delegasi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim, tiada sebarang insiden besar direkodkan setakat semalam, kecuali serangan bom bunyi oleh 15 dron pada 22 September lalu.

Ini perkembangan terbaharu misi flotila ke Gaza:

- Kapal Flotilla kini berada di perairan Greece dan belum memasuki zon kuning.

- Semua delegasi Malaysia berada dalam keadaan sihat.

- Tiada laporan rasmi aktiviti dron direkodkan semalam.

- Insiden terakhir adalah serangan bom bunyi oleh 15 dron pada 22 September 2025.

- Kerajaan Itali dan Sepanyol telah menghantar dua kapal tentera bagi membantu kawalan keselamatan. Kapal-kapal ini telah tiba dan dilaporkan dilihat oleh delegasi Malaysia di perairan Mediterranean.

- Pada masa sama, Coast Guard Greece juga sedang mengawal kawasan perairan yang flotila berada.

Isu Teknikal & Operasi Kapal

- Berlaku kerosakan teknikal di kapal Family Mediera serta beberapa kapal lain.

- Pasukan teknikal sedang menguruskan kerja-kerja pembaikan segera.

- Penstrukturan semula kedudukan peserta di bot dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran misi.

- Sehingga kini, tiada bot yang menarik diri daripada misi.

- Terdapat beberapa kapten dan kru kapal yang menarik diri namun perkara ni telah dijangka. Sekretariat Flotilla telah mengantikan kapten dan kru yang terlatih.

Perang Propaganda & Psikologi

- Ketika ini, pelbagai naratif propaganda dimainkan bagi menimbulkan ketakutan dan bertujuan melemahkan semangat delegasi secara langsung mahupun tidak langsung

- Pihak Sumud Nusantara Command Center menegaskan agar semua pihak merujuk pusat ini sebagai sumber sahih.

- Sebarang maklumat yang tidak sahih hanya memenangkan propaganda pihak Zionis dan akan membina naratif salah .

- Sekretariat menegaskan bahawa misi flotila tetap diteruskan ke Gaza.

- Pihak Sumud Nusantara menggesa semua penyokong, media, keluarga peserta dan masyarakat yang mendokong untuk terus menjadi penguat semangat dan tidak terpengaruh dengan cubaan halus melemahkan barisan solidariti antarabangsa ini.



#misi flotila ke Gaza #Global Sumud Flotilla #Sumud Nusantara #Greece #Gaza