MALAYSIA
Global Sumud Flotilla: Kedutaan AS jamin rakyat Malaysia ditahan Israel akan dibawa pulang segera
Muhammad Kamil (tengah) mengesahkan bahawa pihak Kedutaan AS telah menerima memorandum bantahan pada hari ini selepas gagal menyerahkannya semalam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jamin semua rakyat Malaysia yang ditahan semasa misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan segera dibawa pulang dengan keselamatan terjamin.
Ringkasan AI
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim memaklumkan hal tersebut selepas menyerahkan memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis GSF kepada pihak Kedutaan AS.
“Pihak Kedutaan AS telah beri jaminan bahawa seluruh warganegara Malaysia, yang kini sedang ditahan, akan dibawa pulang ke negara kita dengan kadar yang segera dan jaminan keselamatan akan diberikan kepada mereka,” katanya.
Muhammad Kamil turut mengesahkan bahawa pihak Kedutaan AS telah menerima memorandum bantahan pada hari ini selepas gagal menyerahkannya semalam.
“Kita telah pergi ke Kedutaan AS bertemu wakil kedutaan mereka telah menerima memorandum seperti yang kita janjikan semalam,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Himpunan Bantah Kedatangan Trump ke Malaysia di ibu kota pada Jumaat.
Turut menemaninya bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik; Pendakwah, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri.
Pada Khamis, 23 warga Malaysia telah ditahan oleh tentera laut rejim Israel di perairan antarabangsa semasa menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan.
GSF turut mengesahkan lebih 46 kapal flotila melibatkan 450 aktivis dari 47 negara telah ditahan dan telah dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel.
Ringkasan AI
- Kedutaan AS beri jaminan semua rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi GSF akan dibawa pulang segera dengan keselamatan terjamin
- Jaminan diberikan selepas penyerahan memorandum bantahan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim
- Seramai 23 rakyat Malaysia antara aktivis yang ditahan tentera Israel selepas kapal flotilla GSF dipintas dalam perjalanan ke Gaza