MALAYSIA
Global Sumud Flotilla: Sukarelawan Malaysia dalam persiapan belayar ke Gaza
Tangkap layar video dimuat naik MCM di Facebook pada Khamis. - Foto Facebook Muslim Care Malaysia Society/Sinar Harian
SHAH ALAM: Sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di Sicily, Itali sedang membuat persiapan untuk belayar ke Sirakusa terlebih dahulu sebelum bertolak ke Gaza, Palestin.
Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia (MCM), Ahmad Safuan Ujar berkata, peserta GSF dari Malaysia sudah mula ditempatkan di dalam bot serta berkenalan dengan kapten dan kru masing-masing.
Menurutnya, keadaan semua bot kini dipantau dan diselia buat kali terakhir sebelum pelayaran bermula.
“Insya-ALLAH, doakan pelancaran dan pelepasan bot beberapa jam sahaja lagi akan berjalan lancar. Amin Ya Mujib.
“Sekarang sedang dilakukan persiapan terakhir untuk belayar dan pada jam 2 petang (waktu Itali) akan berlangsung sesi ‘flag off’ di Sirakusa.
“Kami mewakili pasukan MCM dan GSF mengucapkan jutaan terima kasih atas doa serta kepercayaan semua. Mudah-mudahan tercapai hasrat dan matlamat untuk memecahkan tembok yang dibina tentera Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, kapal Fair Lady, antara yang menyertai misi kemanusiaan GSF dari Itali, dijadualkan berlepas ke Gaza pada Khamis selepas tiga kali penangguhan.
Pengarah Media MCM, Tuan Asri Tuan Hussein memaklumkan, kapal berkenaan dijangka meninggalkan pelabuhan di Catania sebaik penganjur memuktamadkan senarai penumpang.
Beliau menambah, kira-kira 14 sukarelawan dari Malaysia bersama lebih 100 peserta antarabangsa kini menunggu arahan untuk memulakan pelayaran ke Gaza. - Sinar Harian