MALAYSIA
Global Sumud Flotilla: Tiada lagi perhentian, Ardell Aryana lepas saringan akhir, kini menuju Gaza
Ardell berkongsi perkembangan penyertaan misi ke Gaza dalam sesi siaran langsung di TikTok tengah malam Sabtu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Selebriti dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menzahirkan rasa syukur kerana berjaya melepasi semua peringkat saringan serta latihan yang diwajibkan sepanjang perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dan kini menuju ke tujuan akhir pelayaran.
Menurut Ardell, semua peserta flotilla perlu melalui proses ketat di setiap hentian dan ada dalam kalangan sukarelawan tidak berjaya melepasinya.
"Saya gembira dan berdebar-debar nak menuju ke Gaza. Tak ada syarat kena pandai berenang atau pandai bahasa Inggeris. Sebenarnya setiap kali berhenti tu macam-macam saringan, macam-macam latihan lagi.
"Ada sesetengah perjalanan sukarelawan, dia sampai situ sahaja...saringan dia lepas sampai situ je, jadi dia tak lepas ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah ini adalah yang peringkat akhir.
"Jadi, saya (dapat) lepas ni pun, dapat pergi ni pun Subhanallah Masya-ALLAH hebatnya kuasa ALLAH padahal saya ni tak adalah pandai sangat.
"Saya tak ada apa-apa kelebihan, tak ada tubuh yang sasa, tubuh yang tinggi. Tapi kelebihan saya adalah solidariti untuk menguruskan wanita-wanita dan anak-anak Gaza di sana,” katanya menerusi siaran langsung TikTok tengah malam Sabtu.
Berkongsi lanjut, Ardell yang berlepas dari Tunisia berkata, ketika itu waktu tempatan menunjukkan hampir jam 6 petang dan kapal kecil yang dinaikinya sedang dalam proses memulakan pelayaran sebelum dijadualkan bertemu dengan peserta misi yang berlepas dari Itali di tengah laut.
Katanya, semua kapal terlibat akan bergerak bersama-sama menuju ke pantai Gaza dalam usaha memecahkan kepungan sekatan yang menyeksa rakyat Palestin selama ini.
Beliau juga mendedahkan, kapal yang dinaikinya hanya sebuah bot kecil dengan bekalan makanan terhad.
"(Peserta dalam) bot kecil makan sehari sekali.. nak masak pun susah. Doakan misi ni berjaya. Saya bawa banyak susu untuk anak-anak di sana, bawa ubat-ubat untuk hospital-hospital kat sana. Tolonglah sekatan dibuka supaya bantuan ni masuk,” katanya.
Jelasnya, sesi siaran langsung hanya dapat dibuat apabila mendapat kebenaran daripada delegasi Malaysia atas faktor keselamatan.
Difahamkan, Ardell juga ditukarkan ke kapal lain dan sebarang maklumat terperinci tidak dapat didedahkan atas faktor sama.
Sehubungan itu, beliau memohon doa orang ramai agar perjalanan menuju ke destinasi akhir semua sukarelawan terlibat dipermudah.
"Cuma saya harap pelayaran saya ni ALLAH SWT reda, ALLAH SWT permudah, jauhkan saya dari hasad dengki manusia, dijauhkan daripada pandangan penyakit ain, ALLAH SWT sampaikan saya kat sana, ALLAH SWT bukakan kepungan tu, ALLAH SWT dapat sinarkan bot saya ni supaya saya dapat ke sana...mana tahu? Subhanallah,” luahnya penuh pengharapan.
Terdahulu agensi media antarabangsa melaporkan, kapal pertama konvoi Global Sumud Flotilla berlepas dari pelabuhan Bizerte di utara Tunisia menuju ke semenanjung Gaza.
Menurut penganjur, baki kapal lain akan berkumpul di perairan antarabangsa sebelum bersama-sama belayar ke Gaza dengan misi untuk memecahkan sekatan Israel serta menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin.
Flotilla berkenaan merangkumi lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan.
Misi tersebut mengulangi usaha antarabangsa terdahulu untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada Gaza, walaupun berdepan risiko dihalang atau diserang tentera laut Israel. - Sinar Harian