awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gmail dikemas kini dengan ciri ringkasan jadual janji temu, penjejak tempahan dalam talian

Amanz
Amanz
03/10/2024
05:00 MYT
Gmail dikemas kini dengan ciri ringkasan jadual janji temu, penjejak tempahan dalam talian
Gmail turut menambah ciri Happening Soon iaitu semua rumusan dengan paparan kad untuk pelbagai acara, janji temu, tempahan, dan tiket. -Amanz
SAYA adalah antara individu yang kerap membuka aplikasi emel bagi menyemak sebarang tarikh acara yang perlu dihadiri, menyemak butiran tiket, serta mencari butiran tempahan dalam talian yang saya lakukan berbanding menyemak pada banyak aplikasi.

Ringkasan AI
  • Gmail telah menaik taraf ciri AI generatifnya untuk membantu membalas emel dan meringkaskan kandungan, kini dengan paparan kad yang lebih kemas dan jelas.
  • Kad baharu ini memaparkan butiran penting seperti penjejak tempahan dalam talian, acara atau temu janji, bil, dan percutian, memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat penting dengan cepat.
  • Gmail memperkenalkan ciri Happening Soon yang merumuskan semua acara, temu janji, tempahan, dan tiket dalam satu paparan kad di bahagian atas aplikasi, menjadikannya mudah untuk dilihat dan diakses.

Jika anda seperti saya, kemas kini baharu Gmail ini pasti akan membuatkan anda setia dengan satu platform emel sahaja.
Semua tahu yang Gmail telah diintegrasikan dengan ciri AI generatif untuk membantu membalas emel dan meringkaskan kandungan.
Terbaharu, ciri ringkasan ini telah dinaik taraf dengan paparan kad yang lebih kemas dan jelas.
Pertama adalah penjejak tempahan dalam talian yang kini memaparkan butiran seperti nombor tempahan, nama barang serta garis masa penghantaran.
Untuk acara atau apa-apa temu janji seperti tempahan meja di restoran, tiket wayang dan sebagainya – kad ini akan memaparkan butiran penting serta akses mudah untuk terus memasukkannya ke dalam kalendar.
Kemudian untuk bil pula, kad akan memaparkan jumlah hutang serta peringatan pembayaran.
Akhir sekali adalah untuk percutian seperti tiket penerbangan atau tempahan hotel yang kini memaparkan ringkasan tiket serta butiran tempahan yang mudah dibaca.
Gmail turut menambah ciri baharu Happening Soon, secara ringkasnya adalah rumusan kepada semua rumusan yang dijejak dan mempunyai paparan kad untuk pelbagai acara, temu janji, tempahan dan tiket.
Happening Soon disematkan di dalam Gmail di bahagian atas agar mudah untuk dilihat.
Paparan kad untuk resit pembelian telah boleh diakses pada Gmail Android dan iOS, sementara lain-lain termasuk Happening Soon akan tiba dalam kemas kini akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Happening Soon
#penjejak tempahan dalam talian
#kad baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan