GADGETS
Gmail kini papar emel paling relevan di atas apabila carian dilakukan
Algoritma baharu memberikan keutamaan kepada emel yang pernah dibuka, kekerapan dibuka, dan dihantar oleh individu yang kerap dihubungi.
-Amanz
FUNGSI carian emel di dalam Gmail sudah wujud sejak dari awal ia beroperasi.
Ringkasan AI
Pagi ini Google telah mengemas kini fungsi carian yang kini akan memaparkan emel yang paling relevan kepada pemilik akaun di kedudukan paling atas.
Ini dilakukan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) yang melihat sama ada emel pernah dibuka, kekerapan ia dibuka dan dihantar oleh individu yang kerap dihubungi.
Algoritma kemudian akan memberikan keutamaan kepada emel-emel ini apabila carian dilakukan.
Ini berbeza dengan fungsi sebelum ini yang memberikan kelebihan kepada kata kunci dalam soalan carian yang diberikan.
Sesiapa yang pernah menggunakan Gmail pasti bersetuju bahawa ini tidak begitu membantu.
Pengguna masih diberikan kawalan untuk memaparkan keputusan carian emel paling relevan atau mengikut kronologi.
Google mengatakan ciri carian lebih bijak ini telah diaktifkan kepada pemilik akaun peribadi secara berperingkat terlebih dahulu di laman web, aplikasi Android dan iOS.
Pengguna perniagaan akan menerimanya di satu tarikh yang belum ditetapkan. -Amanz
Ringkasan AI
- Google telah mengemas kini fungsi carian Gmail untuk memaparkan emel yang paling relevan di kedudukan paling atas dengan bantuan AI.
- Algoritma baharu memberikan keutamaan kepada emel yang pernah dibuka, kekerapan dibuka, dan dihantar oleh individu yang kerap dihubungi.
- Pengguna masih boleh memilih untuk memaparkan keputusan carian emel mengikut relevansi atau kronologi, dan ciri ini diaktifkan secara berperingkat kepada pemilik akaun peribadi terlebih dahulu.