Astro Go Shop Sdn Bhd kini menawarkan kemudahan pembelian kereta Proton menerusi promosi eksklusif hasil kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut.
Kategori terbaharu jualan Go Shop itu membuka peluang pengguna untuk mengetahui ciri terbaharu kereta Proton serta peminat yang mahu membeli boleh berdaftar melalui platform Go Shop TV atau secara atas talian atau telefon.
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata lebih 300 pengguna sudah mendaftar untuk membeli kereta Proton, terutamanya dua model terlaris, iaitu Iriz dan Persona.
Katanya, Go Shop sentiasa terbuka dengan idea dan inovasi terbaharu untuk dijual atas Platform Go Shop.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad kenali berkata kerjasama itu memberi manfaat dengan menggunakan kelebihan yang ada pada kedua-dua syarikat.
Pelanggan yang berdaftar di Go Shop antara 5 Jun hingga 30 Jun ini bakal menikmati Proton Stay Safe & Save dan hadiah eksklusif Go Shop iaitu insurans dan cukai jalan percuma untuk setahun serta kad E-Gift Go shop bernilai RM200.
Melalui promosi Proton Stay Safe and Save Campaign pelanggan bakal menikmati servis percuma 5 tahun atau 100,000 kilometer merangkumi alat ganti dan buruh.
Di samping jaminan lima tahun, bonus perayaan RM500 dan bonus balik kampung RM500 serta bonus kesetiaan RM1,000.
Astro Awani
Wed Jun 14 2017
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata lebih 300 pengguna sudah mendaftar untuk membeli kereta Proton, terutamanya dua model terlaris, iaitu Iriz dan Persona.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Go Shop tawar perkhidmatan beli kereta Proton
Astro Go Shop Sdn Bhd kini menawarkan kemudahan pembelian kereta Proton menerusi promosi eksklusif hasil kerjasama antara kedua-dua syarikat.
Astro catat pertumbuhan pendapatan 9 peratus kepada RM5.2 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan memberitahu, untung selepas cukai berada pada RM519 juta, iaitu peningkatan 16 peratus berbanding tahun kewangan sebelum ini.
Astro GO SHOP - Cara baru membeli belah
GO SHOP adalah destinasi gaya hidup beli-belah 24 jam yang menghiburkan yang mempunyai demonstrasi, promosi dan penjualan produk