Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"

Gobind menyifatkan, pengiktirafan tersebut menunjukkan perhatian dunia terhadap usaha digital negara dan inisiatif untuk membangunkan persekitaran digital yang dipercayai dan selamat.
KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50", dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
Ringkasan AI
- Menteri Digital, Gobind Singh Deo, terharu kerana tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50" kerana pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital Malaysia menuju negara kecerdasan buatan menjelang 2030.
- Pengiktirafan tersebut menunjukkan perhatian dunia terhadap usaha digital negara dan inisiatif untuk membangunkan persekitaran digital yang dipercayai dan selamat, bukan hanya kepada dirinya tetapi juga kepada Kementerian Digital dan Malaysia.
- Gobind menghargai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas usaha memastikan perkembangan landskap digital negara, termasuk melalui pindaan undang-undang berkaitan teknologi digital dan penubuhan Pejabat AI Kebangsaan, serta yakin Malaysia akan terus maju dalam ekonomi digital menuju 2030.
"Pengiktirafan itu menambahkan lagi semangat kami, dan ia akan terus menyuntik keazaman untuk mempercepat matlamat menjadikan Malaysia hab digital di Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Gobind turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pendekatan serta iltizam memastikan landskap digital negara terus berkembang, termasuk melalui pindaan dan pelulusan undang-undang berkaitan teknologi digital serta penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).
Menyedari hakikat bahawa teknologi terus berkembang pesat, beliau berkata masih banyak usaha yang perlu dilaksanakan, namun yakin Malaysia berada di landasan yang tepat.
"Saya yakin usaha kami akan membolehkan ekonomi digital menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Kita juga akan menyaksikan lebih ramai rakyat serta perniagaan di Malaysia berkembang dan makmur dalam era AI," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


