awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gobok Makanan bantu masyarakat terputus bekalan makanan di Mersing

Fareez Azman
Fareez Azman
21/02/2021
07:55 MYT
Gobok Makanan bantu masyarakat terputus bekalan makanan di Mersing
Menurut Muhammad Syukri Ibrahim, barangan keperluan yang dikumpul dalam Gobok Makanan merupakan hasil sumbangan orang ramai dan ahli. - - Gambar Facebook Ikatan Anak Mersing
KUALA LUMPUR: Memahami keperitan yang dilalui oleh mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dalam pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga terputus bekalan makanan, Yayasan Makmur Mersing bersama Ikatan Anak Mersing melancarkan Gobok Makanan meringankan beban masyarakat di Mersing, Johor.
Menurut Presiden Ikatan Anak Mersing, Muhammad Syukri Ibrahim, barangan keperluan yang dikumpul dalam Gobok Makanan merupakan hasil sumbangan orang ramai dan ahli.
Beras antara keperluan harian diberikan kepada setiap penerima dalam program Gobok Makanan.Gambar: Ikatan Anak Mersing
Beras antara keperluan harian diberikan kepada setiap penerima dalam program Gobok Makanan. Gambar: Ikatan Anak Mersing
"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... melihat banyak keluarga yang terkesan dengan PKP 2.0 dan ada yang hilang punca pendapatan, kami terpanggil untuk memulakan inisiatif GOBOK MAKANAN bagi masyarakat sekitar Mersing.
"Kepada warga Mersing, kami menyediakan beras (5 kg) dan telur ayam (1 papan) sebagai bantuan segera kepada keluarga yang terputus bekalan makanan atau punca pendapatan... inisiatif ini hasil sumbangan warga prihatin dan duit kocek antara kami," kata Muhammad Syukri dalam catatan di Facebooknya.
Jelasnya, bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada golongan memerlukan kata Muhammad Syukri, mereka hanya perlu menghubungi Hotline Gobok Makanan di talian 014-6473937.
 Golongan terkesan akibat PKP 2.0 sedang beratur untuk mendapatkan bantuan keperluan harian Gobok Makanan. Gambar: Ikatan Anak Mersing
Golongan terkesan akibat PKP 2.0 sedang beratur untuk mendapatkan bantuan keperluan harian Gobok Makanan. Gambar: Ikatan Anak Mersing
"Pihak kami akan aturkan penghantaran ke rumah penerima... semoga usaha yang kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung dan mohon warganet kongsikan GOBOK MAKANAN ini supaya dapat dipanjangkan rezeki buat mereka yang memerlukan...
"Buat warga budiman yang turut mahu menyumbang, kami juga amat alu-alukan dan sedia bekerjasama... 'Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka'," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP 2 0
#presiden
#Ikatan Anak Mersing
#Yayasan Makmur Mersing
#Ahad
#hilang pendapatan
#Terputus bekalan makanan
#Masyarakat
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan