Gojek: Pengguna punya pilihan lain - Dr Mahathir

Bernama
Ogos 22, 2019 11:07 MYT
Menurut Dr Mahathir, Malaysia mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh digunakan. - Gambar fail
Pengguna mempunyai pilihan pengangkutan awam lain jika berpendapat perkhidmatan teksi motosikal seperti Gojek tidak selamat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh digunakan.
"Kalau rasa tak selamat jangan naik. Kita ada pilihan dan kita tidak paksa kamu guna perkhidmatan motosikal itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkhidmatan teksi motosikal, Gojek yang didakwa mengancam keselamatan terutamanya pelanggan wanita.
BACA: Gojek - beri manfaat atau ...?
BACA: Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
Kabinet semalam bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
BACA: Kabinet setuju pelaksanaan gojek - Redzuan
Menurut Dr Mahathir, peniaga kecil juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Gojek.
#ancaman bunuh #Gojek #kabinet #keselamatan #Mahathir Mohamad #penceramah #pengangkutan awam #peniaga #undang-undang #Zakir Naik