CYBERJAYA: Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon, sehingga membolehkan hasilnya memasuki beberapa cawangan pasar raya besar dan pasar borong negara.
Penyelaras projek Suhairi Hussin, 36, berkata lebih membanggakan ialah apabila projek fertagasi melon yang menghasilkan buah bulat berkulit kuning dengan isi berwarna putih itu berjaya memenuhi syarat dan kualiti ditetapkan pengurusan pasar raya besar.
Beliau berkata projek yang dilaksanakan di bawah program Felda bagi menghasilkan produk berkualiti dengan permintaan tinggi di pasaran itu bertujuan meningkatkan pendapatan golongan peneroka, dan sehingga kini 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan memperoleh dividen sehingga RM3,000 seorang.
"Kami mengusahakan tanaman golden melon di 33 rumah hijau yang dibangunkan di kawasan tanah seluas lebih empat hektar menggunakan teknologi sistem Airhydro Watering dengan benih dibawa masuk dari Thailand, mengambil kira kualiti buah yang dihasilkan serta kos.
"Tanaman golden melon dipilih kerana walaupun buah ini mendapat permintaan meluas di pasar raya, namun masih kurang yang mengusahakannya dalam skala besar, selain tempoh menunggu hasil tidak terlalu lama iaitu sekitar 65 hari. Ini membolehkan kami menuai hasil empat kali setahun," katanya semasa ditemui di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di sini pada Ahad.
Suhairi berkata sebuah rumah hijau dapat memuatkan 2,400 pokok yang dapat mengeluarkan antara 1.5 hingga 2 tan buah yang dijual pada harga ladang antara RM6 ke RM8 sekilogram, manakala harga di pasaran boleh mencecah belasan ringgit sekilogram.
Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, beliau berkata mereka membawa lebih setengah tan golden melon yang ditawarkan pada harga istimewa RM10 sebiji di Reruai Negeri Selangor, bagi mempromosikan buah yang mempunyai rasa manis dan lebih rangup jika dibandingkan dengan tembikai susu.
Walaupun ramai yang mengagumi kebolehkan petani muda itu memecah tembok pasar raya besar dalam tempoh singkat, beliau mengakui bahawa mereka sebenarnya juga bimbang sekiranya tidak mampu memenuhi syarat yang ditetapkan kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang bukan mudah diperoleh.
"Antara syaratnya ialah kami perlu membekalkan dua tan buah... mendengar syarat begitu agak menakutkan buat kami, kerana kami risau jika tuaian tidak mencukupi, tetapi Alhamdulillah, perancangan rapi termasuk jadual menanam benih membolehkan kami menuai hasil setiap minggu supaya bekalan sentiasa ada," katanya.
Suhairi berkata mereka memilih teknologi system Airhydro Watering berbanding kaedah tanaman secara tradisional, kaedah itu lebih berhasil untuk mendapatkan kualiti buah yang lebih baik, selain tidak begitu rumit, dan tidak memerlukan tenaga kerja yang begitu ramai.
Pelaksanaan projek fertigasi golden melon itu dkendalikan oleh 14 belia berusia antara 21 dan 30 tahun, semuanya generasi peneroka, yang antara lain terlibat memantau proses pembajaan setiap hari, manakala proses menyembur racun perosak dilakukan secara berkala.
Suhairi berkata susulan kejayaan projek tanaman itu, mereka kini menyasarkan untuk menembusi pasaran luar negara, dengan sasaran awal Singapura tahun depan.
"Mungkin ramai yang melihat pertanian sebagai pekerjaan memenatkan, sedangkan ia tidak benar sama sekali. Apabila dilakukan secara serius dan dengan perancangan rapi dan bantuan peralatan moden serta ilmu yang betul, ia sebenarnya mendatangkan hasil yang baik dan berbaloi dengan setiap keringat dikeluarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
Peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan menyasarkan untuk menembusi pasaran luar negara, dengan sasaran awal Singapura tahun depan. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar
Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon.