MALAYSIA
Golongan B40 mudah terdedah isu kesihatan mental – Raja Permaisuri Agong
Raja Zarith Sofiah bertitah tekanan persekitaran termasuk penggunaan media sosial tidak sihat berpotensi merosakkan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta remaja, serta perlunya menyediakan platform positif untuk membantu golongan B40.
KUALA LUMPUR: Golongan B40 dikenal pasti sebagai kumpulan yang lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental berikutan kekangan kemampuan mendapatkan sokongan dan bantuan sewajarnya.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah, isu kesihatan mental yang semakin menular dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan, khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah yang berdepan cabaran persekitaran serta peluang pembangunan diri yang terhad.
“Berdasarkan statistik yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, seramai 163,709 orang telah mendapatkan bantuan sokongan kesihatan mental di atas talian sejak tahun 2022 sehingga akhir tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran serta keperluan perhatian khusus oleh pihak berwajib,” titah baginda.
“Kesan jangka masa panjang akibat kesihatan mental yang tidak baik bagi golongan kanak-kanak dan remaja amat merisaukan saya kerana ia memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan diri mereka dan masa hadapan negara,” titah baginda.
Raja Zarith Sofiah bertitah, tekanan persekitaran kehidupan masa kini termasuk penggunaan media sosial secara tidak sihat berpotensi mendedahkan kanak-kanak dan remaja kepada pengaruh negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal sekiranya tidak dikawal.
“Adalah menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat termasuk kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk menyediakan platform yang positif bagi membantu golongan muda, khususnya daripada keluarga B40, membina jati diri serta masa depan yang lebih sejahtera,”titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa Pelancaran Program Ilham Seni Diraja 2026 di Istana Negara pada Khamis.
Melalui Program Ilham Seni Diraja, baginda berharap generasi muda bukan sahaja dapat mengembangkan bakat dalam muzik, tarian dan cabang kesenian lain, malah mewarisi serta meneruskan kekayaan budaya seni Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat.
Raja Permaisuri Agong turut menegaskan seni dan budaya bukan sekadar hiburan, sebaliknya memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan jiwa sesebuah negara ketika Malaysia terus mengejar kemajuan ekonomi dan pembangunan sejahtera.
Baginda seterusnya menzahirkan harapan agar program berkenaan dapat menjadi wadah menyemai perpaduan, membina personaliti positif dalam kalangan generasi muda serta membuka laluan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak B40 yang terpinggir.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Golongan B40 lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental disebabkan oleh kekangan mendapatkan sokongan yang mencukupi.
- Statistik menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap kesihatan mental, dengan 163,709 orang menerima bantuan sokongan dalam talian dari tahun 2022 hingga akhir tahun lalu.
- Raja Zarith Sofiah menekankan bahawa tekanan persekitaran termasuk penggunaan media sosial tidak sihat berpotensi merosakkan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta remaja, serta perlunya menyediakan platform positif untuk membantu golongan B40.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah, isu kesihatan mental yang semakin menular dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan, khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah yang berdepan cabaran persekitaran serta peluang pembangunan diri yang terhad.
“Berdasarkan statistik yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, seramai 163,709 orang telah mendapatkan bantuan sokongan kesihatan mental di atas talian sejak tahun 2022 sehingga akhir tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran serta keperluan perhatian khusus oleh pihak berwajib,” titah baginda.
“Kesan jangka masa panjang akibat kesihatan mental yang tidak baik bagi golongan kanak-kanak dan remaja amat merisaukan saya kerana ia memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan diri mereka dan masa hadapan negara,” titah baginda.
Raja Zarith Sofiah bertitah, tekanan persekitaran kehidupan masa kini termasuk penggunaan media sosial secara tidak sihat berpotensi mendedahkan kanak-kanak dan remaja kepada pengaruh negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal sekiranya tidak dikawal.
“Adalah menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat termasuk kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk menyediakan platform yang positif bagi membantu golongan muda, khususnya daripada keluarga B40, membina jati diri serta masa depan yang lebih sejahtera,”titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa Pelancaran Program Ilham Seni Diraja 2026 di Istana Negara pada Khamis.
Melalui Program Ilham Seni Diraja, baginda berharap generasi muda bukan sahaja dapat mengembangkan bakat dalam muzik, tarian dan cabang kesenian lain, malah mewarisi serta meneruskan kekayaan budaya seni Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat.
Raja Permaisuri Agong turut menegaskan seni dan budaya bukan sekadar hiburan, sebaliknya memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan jiwa sesebuah negara ketika Malaysia terus mengejar kemajuan ekonomi dan pembangunan sejahtera.
Baginda seterusnya menzahirkan harapan agar program berkenaan dapat menjadi wadah menyemai perpaduan, membina personaliti positif dalam kalangan generasi muda serta membuka laluan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak B40 yang terpinggir.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa golongan B40 lebih terdedah kepada masalah kesihatan mental berbanding golongan lain?
A: Golongan B40 lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental kerana mereka menghadapi kekangan kemampuan mendapatkan sokongan dan bantuan yang mencukupi. - Q: Berapakah jumlah orang yang telah menerima bantuan sokongan kesihatan mental secara atas talian dari tahun 2022 hingga akhir tahun sebelumnya?
A: Seramai 163,709 orang telah menerima bantuan sokongan kesihatan mental secara atas talian dari tahun 2022 hingga akhir tahun sebelumnya. - Q: Apakah kesan jangka masa panjang akibat kesihatan mental yang tidak baik terhadap golongan kanak-kanak dan remaja?
A: Kesihatan mental yang tidak baik boleh memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan diri golongan kanak-kanak dan remaja, yang merisaukan kerana ia turut berpotensi memberi kesan terhadap masa hadapan negara. - Q: Apakah tekanan persekitaran kehidupan masa kini yang berpotensi mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak dan remaja?
A: Penggunaan media sosial secara tidak sihat dan tekanan persekitaran kehidupan masa kini boleh mendedahkan kanak-kanak dan remaja kepada pengaruh negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka. - Q: Apakah harapan Raja Permaisuri Agong terhadap Program Ilham Seni Diraja 2026?
A: Baginda berharap Program Ilham Seni Diraja 2026 dapat membantu generasi muda, termasuk golongan B40, mengembangkan bakat seni, mewarisi kekayaan budaya seni Malaysia, serta membina personaliti positif dan masa depan yang lebih baik untuk mereka.