Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Golongan muda disaran menabung di TH, jaga kesihatan untuk tunai haji awal

Bernama 22/11/2025 | 08:00 MYT
Amalan menabung secara konsisten menjadi kunci untuk merealisasikan rukun Islam kelima itu pada usia muda. - Gambar/ Reuters
SERDANG: Golongan muda dinasihatkan untuk membuat perancangan kewangan untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dan menjaga kesihatan diri bagi persediaan menunaikan ibadah haji.


Ringkasan AI
  • Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan golongan muda untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji dan menjaga kesihatan sebagai persediaan untuk ibadah haji.
  • Amalan menabung secara konsisten penting bagi merealisasikan rukun Islam kelima pada usia muda, kata beliau semasa merasmikan program TaHa Fun Run 2025.
  • Program larian bertemakan 'Run For A Lifetime Journey' itu dihadiri lebih 1,000 peserta muda yang bertujuan memupuk kesedaran tentang tabiat menabung, perancangan kewangan, dan gaya hidup sihat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata amalan menabung secara konsisten menjadi kunci untuk merealisasikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

"Saya berharap semoga semua pendeposit cakna mengenai ibadah haji, sekali gus berazam untuk terus menjaga kesihatan dan kekal sihat untuk menunaikan haji nanti.

"Paling penting, mulakan amalan menabung secara konsisten di TH bermula hari ini supaya dapat menunaikan haji semasa badan masih kuat dan bertenaga," katanya ketika merasmikan TAHA RUN 2025 di sini, hari ini.

Program TaHa Fun Run 2025 yang bertemakan 'Run For A Lifetime Journey' disertai lebih 1,000 peserta berusia 18 hingga 25 tahun.

Larian itu merangkumi dua kategori iaitu tiga dan lima kilometer, bertujuan memupuk kesedaran mengenai tabiat menabung, perancangan kewangan serta gaya hidup sihat.

-- BERNAMA



#Tabung Haji #golongan muda #TH #Mohd Na'im Mokhtar