NATIONAL
Golongan muda tamat pengajian mudah terperdaya 'job scam' - JTKSM

Golongan muda yang baru menamatkan pengajian dikatakan mudah terperdaya dengan janji sindiket yang membuat tawaran gaji tinggi. - Gambar hiasan
IPOH: Golongan muda yang baharu menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi didapati paling mudah terperdaya dengan penipuan pekerjaan dari luar negara atau 'Job Scam'.
Ringkasan AI
- Golongan muda lepasan pengajian tinggi paling mudah menjadi mangsa penipuan pekerjaan luar negara kerana terpedaya dengan janji gaji tinggi dan kemudahan menarik.
- JTKSM menggalakkan pencari kerja, terutama anak muda, menggunakan portal rasmi seperti MYFutureJobs untuk elak ditipu dan memastikan tawaran kerja adalah sah.
- Program jerayawara -Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030- dilancarkan untuk tingkatkan kesedaran awam tentang eksploitasi pekerja, dengan konvoi menjelajah dari Perak ke Perlis dan pelbagai aktiviti pendidikan diadakan.
"Jadi, inilah yang menyebabkan golongan muda terperangkap menjadi mangsa buruh paksa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Kamal berkata pihaknya amat menggalakkan orang ramai, terutamanya golongan muda berdaftar dengan portal MYFutureJobs untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dan mengelak terperdaya dengan penipuan pekerjaan.
Dalam pada itu, Kamal berkata konvoi jerayawara adalah sebahagian daripada inisiatif bersepadu bagi meningkatkan kesedaran awam dan memperkukuh tindakan kolektif terhadap isu eksploitasi pekerja serta buruh paksa.
Konvoi berkenaan dijangka menjelajah dari Perak ke negeri Perlis, dengan beberapa lokasi perhentian yang telah dikenal pasti bagi tujuan penyampaian maklumat secara langsung kepada komuniti sasaran.
"Program ini menampilkan pelbagai pengisian, termasuk sesi ceramah, libat urus komuniti, pengedaran bahan penerbitan serta pameran mini berkaitan hak pekerja, bentuk eksploitasi, dan saluran pelaporan.
"Pendekatan konvoi membolehkan mesej disampaikan secara lebih menyeluruh, dan langsung kepada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.
Beliau berkata program berkenaan juga sejajar dengan matlamat nasional dan komitmen antarabangsa Malaysia untuk membanteras buruh paksa menjelang 2030, dan melalui pelaksanaan berfasa JTKSM berharap semua pihak dapat berganding bahu untuk menjayakan aspirasi itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami