awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan rentan akan dibela dalam NHRAP

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/03/2018
07:31 MYT
Golongan rentan akan dibela dalam NHRAP
Hak golongan rentan merangkumi lima golongan masyarakat iaitu wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelarian. - Gambar Hiasan
Hak asasi dan nasib golongan rentan akan lebih terbela selepas ini apabila wujudnya Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).
Anggota Jawatankuasa Pemandu Pembangunan NHRAP, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz berkata ia termasuk mengecilkan jurang ketidaksamaan jantina.
"Saya percaya apa yg dinyatakan atau dicadangkan dalam NHRAP akan memberikan pelaksanaan hak asasi yang lebih baik kepada golongan yang memerlukan di mana ia akan diterjemahkan dalam polisi-polisi dan dasar-dasar kerajaan yang lebih banyak.
"Contohnya akan ada tambah baik polisi Kerajaan yang telah wujud kini seperti penglibatan 30 peratus wanita dalam Parlimen yang saya yakin ia mampu dicapai serta berada pada tahap yang boleh dibanggakan.
"Hak kanak-kanak juga sangat jelas di mana apa yang kita lihat kini telah ada undang-undang khusus berkaitan kanak-kanak, mahkamah khas kanak-kanak dan pelbagai lagi.
"Malah, kita merancang supaya NHRAP juga akan menambah baik dari segi pentadbiran mahkamah, hal-hal berkaitan kanak-kanak yang mana semua itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Menerusi teras ketiga NHRAP iaitu hak golongan rentan, ia merangkumi lima golongan masyarakat iaitu wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelarian.
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang seterusnya membawa kepada penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang bukan sahaja pertama di Malaysia bahkan pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Terdapat tiga mekanisme bagi mendapatkan maklum balas rakyat terhadap pelaksanaan NHRAP antaranya dengan mewujudkan aplikasi telefon pintar.
Kemudahan ini dilihat akan menggalakkan penyertaan awam yang lebih berkesan dalam memastikan pelaksanaan dan penambahbaikan NHRAP dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#golongan rentan
#jenayah
#Kanak-kanak
#mahkamah
#Malaysia
#Parlimen
#pelarian
#rakyat
#telefon pintar
#undang-undang
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan