Gombak bertukar status zon kuning, catat penurunan 36 kes aktif

Najmi Syahiran Mamat
Mei 13, 2020 09:10 MYT
GAMBAR FAIL: Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak ke arah Lebuhraya Pantai Timur ketika satu tinjauan. - Gambar fail/BERNAMA
Daerah zon merah berkurang menjadi 8 kawasan berbanding 9 kawasan semalam, selepas Gombak, Selangor mencatatkan penurunan kes aktif COVID-19 kepada 35 kes.
Menerusi infografik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu, lapan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Petaling dengan kes 61 kes aktif, Batu (104), Ibu Kota (159), Kampung Bharu (97), Sri Petaling (45), Seremban (46), Rembau (130) serta Kuching (77).

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 12 Mei 2020 Limbang (Sarawak) dan Kinabatangan (Sabah) adalah dua lagi daerah yang kini telah bebas dan diletakkan di dalam zon hijau bersama 121 daerah lain.#covid19malaysia#kitamestimenang pic.twitter.com/cY8j9y0KLp

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, KKM memaklumkan Limbang (Sarawak) dan Kinabatangan (Sabah) kini bertukar status kawasan hijau dengan sifar kes aktif bersama 121 daerah lain manakala 72 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning.
Negeri Terengganu dan Perak menuju kategori zon hijau atau negeri sifar kes aktif apabila masing-masing hanya merekodkan 8 dan 2 kes aktif.
#Batu #COVID-19 #Gombak #Ibu Kota #Kinabatangan #KKM #Kuching #Limbang #sifar covid19 #sri petaling #zon hijau #zon merah