[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
GADGETS

Google bakal tawarkan Gemini untuk kanak-kanak

Amanz 05/05/2025 | 05:00 MYT
Google menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan ciri keselamatan data. -Gambar fail/Amanz
PENGGUNAAN chatbot kecerdasan buatan (AI) tidak terhad kepada orang dewasa untuk melakukan tugasan kerja tetapi kini turut semakin popular di kalangan kanak-kanak.

Ringkasan AI
  • Penggunaan chatbot AI kini semakin popular di kalangan kanak-kanak.
  • Google menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan ciri keselamatan data.
  • Gemini untuk kanak-kanak membantu dalam kerja rumah dan membaca cerita, tanpa menggunakan data mereka untuk melatih model AI.

New York Times melaporkan Google kini bersedia menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan beberapa ciri keselamatan data.
Ibu bapa serta penjaga yang menggunakan Family Link untuk mengawal penggunaan peranti anak-anak mula menerima notifikasi mengenai ciri baharu ini.
Menerusi Gemini untuk kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk membantu melakukan kerja rumah dan juga membaca cerita sebelum tidur.
Berbeza dengan Gemini untuk pengguna dewasa, Google berkata data pengguna bawah 13 tahun tidak akan digunakan untuk melatih model AI. -Amanz
#Google #Kanak-kanak #chatbot AI #pengguna bawah umur 13 tahun #Family Link