GADGETS
Google Chrome tamatkan sokongan untuk Android 8 dan Android 9
Bermula Chrome 139 pada 5 Ogos 2025, pengguna perlu menggunakan sekurang-kurangnya Android 10 untuk terus menggunakan aplikasi Chrome. -Gambar fail/Amanz
GOOGLE Chrome mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk dua versi Android yang lama, iaitu Android 8.0 Oreo dan juga Android 9.0 Pie.
Ringkasan AI
- Google Chrome akan menamatkan sokongan untuk Android 8.0 Oreo dan Android 9.0 Pie, dengan Chrome 138 menjadi versi terakhir yang menyokong kedua-dua sistem operasi tersebut.
- Bermula Chrome 139 pada 5 Ogos 2025, pengguna perlu menggunakan sekurang-kurangnya Android 10 untuk terus menggunakan aplikasi Chrome.
- Pengguna peranti lama dinasihatkan untuk mengemas kini ke versi Android terkini, iaitu Android 16, bagi memastikan akses berterusan kepada Google Chrome.
Google mengatakan Chrome 138 akan menjadi versi terakhir yang menyokong kedua-dua sistem operasi berkenaan.
Bermula Chrome 139 yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada 5 Ogos 2025 kelak, Google Chrome akan memerlukan versi Android 10 sebagai versi minima sebelum boleh digunakan.
Android 8 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2017 yang lepas, sementara Android 9 pula diperkenalkan pada 2018 yang lepas.
Versi paling terkini yang ditawarkan Google adalah Android 16.
Bagi pengguna yang menggunakan peranti lama, anda dinasihatkan untuk kemaskini ke versi terbaru untuk terus menggunakan Google Chrome. -Amanz