GADGETS
Google Destinations memudahkan perancangan percutian di telefon pintar
Google Destinations merupakan ciri terbaharu yang boleh didapati dalam Google Search bagi memudahkan rancangan percutian anda. - Foto YouTube Google
Syarikat enjin pencarian terkemuka dunia, Google telah melancarkan Google Destinations di Malaysia pada Rabu, bagi memudahkan perancangan percutian pengguna.
Google Destinations merupakan ciri terbaharu yang boleh didapati dalam Google Search.
Ia turut menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk melancong termasuk jangkaan perbelanjaan percutian.
Ciri terbaharu ini turut memberi beberapa cadangan rancangan aktiviti percutian anda di lokasi pilihan.
Lebih menarik, ia juga akan mencadangkan apakah aktiviti yang bersesuaian berdasarkan cuaca di lokasi pilihan.
Seperti aplikasi pelancongan lain, Google Destinations turut membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Bagi pengguna Twitter, Amirul berpendapat kemudahan ini melancarkan perancangan percutiannya di Sabah.