GADGETS
Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan

Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu. -Gambar fail/Reuters
GOOGLE didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan iklan menurut hakim Leonie Brinkema di Virginia kelmarin.
Ringkasan AI
- Google didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan iklan digital oleh hakim Leonie Brinkema di Virginia.
- Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.
- Google mungkin perlu menjual Google Ad Manager dan mereka merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini.
Mereka mungkin perlu menjual Google Ad Manager yang menjana 14% pendapatan syarikat tahun lalu.
Tahun lalu muncul laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat akan memaksa Google menjual perniagaan Search dan Chrome bagi menghentikan amalan monopoli ini.
Google diheret ke mahkamah oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atas beberapa amalan yang didakwa adalah monopoli sehingga merugikan orang ramai.
Walaupun Google didapati bersalah dalam pasaran pelayar penerbitan iklan dan pasaran pertukaran iklan, mereka didapati tidak bersalah melakukan monopoli dalam rangkaian iklan.
Selepas keputusan diumumkan, Google mengatakan mereka akan mengemukakan rayuan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami