GADGETS

Google dijangka lancar Gemini 3 Disember ini, AI lebih pintar dan jimat tenaga

Amanz 20/10/2025 | 05:00 MYT
Google dijangka lancar Gemini 3 pada Disember dengan keupayaan pemprosesan lebih pintar dan efisien. -Foto Amanz
Google dilaporkan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) baharu dinamakan Gemini 3 menjelang Disember ini, sekali gus meneruskan kesinambungan daripada pelancaran Gemini 2.0 pada Disember tahun lalu dan Gemini 2.5 pada Mac lepas.


Ringkasan AI
  • Google dijangka lancar Gemini 3 pada Disember dengan keupayaan pemprosesan lebih pintar dan efisien.
  • Gemini dibangunkan sebagai model multimodal oleh DeepMind dan Google Research, digunakan lebih 450 juta pengguna aktif bulanan.
  • Pemerhati industri jangka dua kemas kini Gemini setiap tahun selaras keperluan pasaran AI global.


Model baharu ini dijangka menawarkan keupayaan pemprosesan yang lebih cerdas dan pintar, selain lebih efisien dari segi penggunaan tenaga dan kos.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pihak Google setakat ini, pengenalan ini dilihat selari dengan strategi syarikat itu untuk memperkukuh kedudukan dalam pasaran AI global.

Gemini kini merupakan antara model AI paling aktif digunakan di dunia, dengan lebih 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

Ia dibangunkan oleh Google DeepMind dan Google Research sebagai model multimodal yang mampu menganalisis teks, imej, audio dan video secara serentak.

Pemerhati industri menjangkakan Google mungkin memperkenalkan dua kemas kini utama setiap tahun bagi model Gemini, selaras dengan trend semasa dan keperluan pasaran AI yang semakin berkembang. -Amanz






#Google #Gemini 3 #DeepMind dan Google Research #model multimodal