Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
GADGETS

Google Gemini Live dengan sokongan kamera akan diberi percuma kepada semua

Amanz 17/04/2025 | 08:20 MYT
Gemini Live boleh digunakan pada semua peranti Android yang mempunyai aplikasi Gemini, bukan hanya pada telefon pintar Google Pixel dan siri Samsung Galaxy S25. -Amanz
MINGGU lalu ciri Gemini Live yang menyokong penggunaan kamera telah diaktifkan kepada pelanggan Gemini Advanced.


Ringkasan AI
  • Minggu lalu, ciri Gemini Live yang menyokong penggunaan kamera telah diaktifkan kepada pelanggan Gemini Advanced.
  • Google mengumumkan ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna secara percuma secara berperingkat, termasuk akses kamera dan ciri Screen Sharing.
  • Gemini Live boleh digunakan pada semua peranti Android yang mempunyai aplikasi Gemini, bukan hanya pada telefon pintar Google Pixel dan siri Samsung Galaxy S25.


Ciri ini menarik kerana Gemini boleh memahami apa yang dilihatnya dan kemudian memberikan jawapan kepada pengguna seperti bagaimana baju perlu dibasuh selepas melihat label.


Pagi ini, Google mengumumkan ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna secara percuma secara berperingkat.

Selain akses kamera, Gemini Live juga boleh memahami apa yang terpapar pada skrin menerusi ciri Screen Sharing.

Menerusi Screen Sharing pula, Gemini Live akan memberitahu apakah yang terpapar pada skrin dan memberikan jawapan berkaitan.

Sebagai contoh anda mungkin sedang membaca artikel berita mengenai Tun Abdullah Badawi dan anda boleh mengarahkan Gemini Live untuk menceritakan latar belakang beliau yang mungkin tidak terkandung dalam artikel dalam bentuk audio.

Berita lebih menarik di sini ialah ia bukan sahaja percuma tetapi boleh digunakan pada semua peranti Android yang mempunyai aplikasi Gemini.

Sebelum ini ciri hanya boleh digunakan pada telefon pintar Google Pixel dan siri Samsung Galaxy S25. -Amanz







#Google #Gemini Live #Gemini Advanced #akses kamera #Screen Sharing