GADGETS

Google Gemini tawar janaan video AI percuma guna Veo 3

Amanz 24/08/2025 | 03:40 MYT
Google aktifkan ciri janaan video AI melalui aplikasi Gemini di Android untuk hujung minggu ini. -Amanz
KHUSUS untuk penghujung minggu ini, Google telah mengaktifkan ciri janaan video dikuasakan kecerdasan buatan, melalui aplikasi Gemini pada Android.


Ringkasan AI
  • Google aktifkan ciri janaan video AI melalui aplikasi Gemini di Android untuk hujung minggu ini.
  • Pengguna boleh jana hingga tiga video percuma menggunakan Veo 3 pada resolusi 720p.
  • Proses janaan ambil masa sekitar 12 minit dan video boleh dimuat turun selepas siap.


Anda boleh membuka aplikasi Gemini pada telefon pintar anda, dan seterusnya memilih menu tiga dot, dan pilih Video.

Seterusnya, menggunakan aplikasi Gemini, anda boleh meminta ia untuk menjana video, sekaligus memudahkan anda menguji keupayaan Veo3, dan memilih untuk melanggannya jikalau anda menyukainya.

Google membenarkan pengguna Gemini menjana secara percuma sehingga tiga video menggunakan Veo 3 ini.

Daripada ujian kami, ia mengambil masa sekitar seminit dua dalam menjana video pada resolusi 720p, yang kemudiannya boleh dimuat turun.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri janaan video ini melalui aplikasi Gemini pada Android hari ini. -Amanz





#Google #janaan video AI #Veo 3 #Gemini