GADGETS
Google jenamakan semula 'Find My Device' kepada 'Find Hub'
Find Hub akan menyokong teknologi penjejakan UWB (ultra wideband) dan sambungan satelit, membolehkan penjejakan lebih tepat walaupun tanpa sambungan selular. -Amanz
GOOGLE sedia menyertakan ciri dinamakan “Find My Device” pada peranti Android, sekali gus memudahkan anda menemui kembali peranti anda yang tersilap letak atau hilang dengan mudah.
Ringkasan AI
- Google menjenamakan semula ciri Find My Device kepada Find Hub untuk menjadi pusat sehenti dalam menjejak pelbagai barangan, bukan sekadar telefon atau tablet.
- Find Hub akan menyokong teknologi penjejakan UWB (ultra wideband) dan sambungan satelit, membolehkan penjejakan lebih tepat walaupun tanpa sambungan selular.
- Google bekerjasama dengan pelbagai rakan untuk menyokong penjejakan barangan seperti beg, bagasi, dan tag Bluetooth, serta merancang ciri perkongsian lokasi dengan rakan dan keluarga pada tahun hadapan.
Selepas sekian lama, kini Google memilih untuk menjenamakan semula Find My Device kepada nama baharu, Find Hub.
Dengan penjenamaan ini, Find Hub menyasarkan untuk menjadi pusat sehenti untuk menemui pelbagai barangan anda, dan tidak terhad untuk telefon atau tablet sahaja.
Untuk tujuan ini juga, Find Hub akan menyokong penjejakan UWB (ultra wideband) yang lebih jitu dalam mengetahui lokasi.
Selari dengan ini juga, Google bekerjasama dengan sejumlah rakan kerjasama, yang akan mengintegrasikan sokongan untuk Find Hub, dan memantau barangan anda melaluinya.
Ini termasuk beg, bagasi, tag Bluetooth, dan sebagainya.
Google turut mengatakan kelak Find Hub turut akan menyokong integrasi sambungan satelit, memastikan anda kekal berhubung walaupun tiada sambungan selular.
Dan untuk tahun hadapan, Google menyasarkan boleh berkongsi lokasi sesuatu tag di bawah Find Hub bersama rakan dan ahli keluarga lain dengan mudah, untuk membantu dalam pemantauan dan pencarian barangan. -Amanz