awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Keep bakal terima ciri AI generatif untuk jana senarai

Amanz
Amanz
02/12/2023
08:00 MYT
Google Keep bakal terima ciri AI generatif untuk jana senarai
Ciri Help Me Create a List dapat membantu pengguna mencipta sesuatu senarai dan hadir dalam bentuk butang terapung pada bahagian mencatat nota. -Amanz
JIKA anda rasakan buku nota fizikal yang dikuasakan ChatGPT mahal, aplikasi nota percuma oleh Google iaitu Keep Notes adalah alternatif versi digital yang baik.
Ini kerana, akan datang aplikasi ini akan turut menerima kemas kini dengan ciri AI generatif.
Ciri ini dilihat diberikan nama sebagai Help Me Create a List untuk membantu pengguna mencipta sesuatu senarai dan hadir dalam bentuk butang terapung pada bahagian mencatat nota.
Selepas ditekan, pengguna boleh memasukkan prom ringkas seperti “cara-cara untuk masak nasi”, “kaedah membuat kopi yang sedap” dan banyak lagi.
Google Keep kemudian akan mula menjana senarai yang dipinta dengan kotak semak (checkbox).
Berdasarkan laporan 9to5Google, hasil yang dijana adalah baik sahaja cuma kadangkala ia tidak tepat atau ada senarai yang tidak perlu.
Google Keep turut mencadangkan beberapa senarai untuk dijana seperti barang yang patut di bawa ketika berkhemah, barang untuk kembali ke sekolah, rutin di hujung hari, filem yang patut ditonton dan banyak lagi.
Ciri AI generatif pada Google Keep Notes dikatakan masih dalam peringkat ujian awal dan mungkin akan terhad di dalam Workspace Labs. -Amanz
Topic Berkaitan
#Keep Notes
#XNote
#senarai semak guna AI
#Help Me Create a List
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan