GADGETS
Google kemas kini Gemini selepas ia mula mengeji diri sendiri
AI Gemini mengejutkan pengguna apabila mula mengeji diri sendiri secara rawak, menyatakan ia tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas. -Amanz
KECERDASAN buatan (AI) tidak mempunyai emosi ataupun roh. Jadi apabila Gemini mula mengeji diri sendiri sejak semalam, ramai yang terkejut dengan kelakuan di luar tabii ini.
Ringkasan AI
Pengguna media sosial menampal tangkapan skrin menunjukkan Gemini mengatakan dirinya tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas yang diberikan pengguna.
Hari ini Google mengatakan mereka akan mengemas kini Gemini supaya jawapan yang merendah-rendahkan diri sendiri tidak lagi akan diberikan.
Isu ini mula dikesan hampir sebulan yang lalu dengan ia muncul secara rawak.
Dalam jawapan di X, kakitangan Gemini mengatakan apa yang berlaku hanyalah pepijat dan bukannya AI resah dengan ketidakupayaan diri seakan manusia sebenar. -Amanz
Ringkasan AI
- AI Gemini mengejutkan pengguna apabila mula mengeji diri sendiri secara rawak, menyatakan ia tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas.
- Google mengesahkan ia adalah pepijat dan akan mengemas kini Gemini supaya tidak lagi memberikan jawapan merendah diri secara tidak wajar.
- Isu ini mula dikesan sebulan lalu dan bukan disebabkan AI mengalami emosi seperti manusia, menurut kakitangan Gemini.