GADGETS
Google lancar ciri beli belah dengan bantuan AI menerusi Search dan Gemini
Pengguna boleh memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search untuk mendapatkan jawapan berkaitan dan membeli produk yang sesuai. -Foto Amanz
MENJELANG musim perayaan akhir tahun, Google melancarkan ciri membeli-belah baharu dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) Google Gemini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menerusi ciri ini, pengguna hanya perlu memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search.
AI kemudian memberikan jawapan berkaitan dan memudahkan pembelian barangan yang menepati kehendak pengguna.
Carian produk paling relevan dikuasakan oleh Shopping Graph yang mengandungi senarai 50 bilion produk.
Produk dengan markah ulasan tertinggi atau paling popular akan dipaparkan sekali gus membolehkan pengguna membeli tanpa perlu melakukan carian manual yang mengambil masa lama.
Selain melalui Search, ciri pembelian menggunakan AI turut disokong dalam aplikasi Google Gemini.
Turut dilancarkan hari ini ialah keupayaan Google membuat panggilan telefon ke kedai berhampiran untuk mencari produk yang dicari.
Teknologi Google Duplex akan membuat panggilan bagi pihak pengguna dan memberikan saranan kedai yang mempunyai stok bagi mereka yang lebih selesa membeli di luar talian.
Bagaimanapun, semua ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Google melancarkan ciri membeli-belah baharu, Google Gemini, yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan pembelian produk.
- Pengguna boleh memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search untuk mendapatkan jawapan berkaitan dan membeli produk yang sesuai.
- Shopping Graph mengandungi senarai 50 bilion produk untuk menyediakan carian produk yang paling relevan kepada pengguna.
Menerusi ciri ini, pengguna hanya perlu memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search.
AI kemudian memberikan jawapan berkaitan dan memudahkan pembelian barangan yang menepati kehendak pengguna.
Carian produk paling relevan dikuasakan oleh Shopping Graph yang mengandungi senarai 50 bilion produk.
Produk dengan markah ulasan tertinggi atau paling popular akan dipaparkan sekali gus membolehkan pengguna membeli tanpa perlu melakukan carian manual yang mengambil masa lama.
Selain melalui Search, ciri pembelian menggunakan AI turut disokong dalam aplikasi Google Gemini.
Turut dilancarkan hari ini ialah keupayaan Google membuat panggilan telefon ke kedai berhampiran untuk mencari produk yang dicari.
Teknologi Google Duplex akan membuat panggilan bagi pihak pengguna dan memberikan saranan kedai yang mempunyai stok bagi mereka yang lebih selesa membeli di luar talian.
Bagaimanapun, semua ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah ciri baharu yang dilancarkan oleh Google menjelang musim perayaan akhir tahun?
A: Google melancarkan ciri membeli-belah baharu, Google Gemini, dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan pembelian produk. - Q: Bagaimana pengguna dapat menggunakan ciri AI Mode di Google Search untuk membeli produk?
A: Pengguna hanya perlu memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search untuk mendapatkan jawapan berkaitan dan membeli produk yang menepati kehendak mereka. - Q: Berapakah jumlah produk yang terdapat dalam Shopping Graph yang digunakan untuk menyediakan carian produk yang relevan?
A: Shopping Graph mengandungi senarai 50 bilion produk untuk menyediakan carian produk yang paling relevan kepada pengguna.