GADGETS
Google lancar inisiatif promosi produk dalam filem dan siri TV
Google melancarkan inisiatif 100 Zeroes untuk memaparkan produk mereka dalam filem dan siri TV secara lebih ketara. -Amanz
JIKA filem dari Amerika Syarikat ditonton hari ini, anda pasti menyedari terdapat banyak produk keluaran Apple dipaparkan.
Ringkasan AI
Walaupun ia tidak diiklankan secara ketara, secara di bawah sedar minda akan mengingati produk Apple yang digunakan protagonis.
Google kini menyedari teknik ini mungkin boleh digunakan pada produk mereka dan telah melancarkan inisiatif 100 Zeroes menurut laporan Business Insider.
Inisiatif 100 Zeroes ialah hasil kerjasama Google dengan Range Media Partners yang menerbitkan filem A Complete Unknown dan Longlegs.
Dalam filem-filem dan kemudiannya siri TV 100 Zeroes, produk Google akan dipaparkan secara lebih ketara.
Ia juga akan memaparkan penggunaan teknologi Google dari sudut positif tidak seperti distopia yang wujud dalam siri Black Mirror.
Selain menjadi jarum halus mempromosikan produk Google secara positif, ia juga ingin menggalakkan penggunaan teknologi mereka seperti Immersive View, kecerdasan buatan (AI), dan teknologi spatial dalam pembikinan mereka.
Langkah Google adalah berbeza dengan Amazon dan Apple yang menerbitkan kandungan media sendiri yang kemudiannya ditawarkan menerusi platform penstriman juga milik sendiri. -Amanz
Ringkasan AI
- Google melancarkan inisiatif 100 Zeroes untuk memaparkan produk mereka dalam filem dan siri TV secara lebih ketara.
- Inisiatif ini bertujuan mempromosikan teknologi Google seperti Immersive View, kecerdasan buatan (AI), dan teknologi spatial secara positif.
- Langkah ini berbeza dengan Amazon dan Apple yang menerbitkan kandungan media sendiri dan menawarkannya melalui platform penstriman milik mereka.