GADGETS

Google lesenkan teknologi Windsurf, syarikat fokus pengaturcaraan dikuasakan AI

Amanz 14/07/2025 | 03:30 MYT
Google mengumumkan pelesenan teknologi Windsurf, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengaturcaraan berasaskan kecerdasan buatan. -Reuters
GOOGLE membuat kejutan dengan mengumumkan akan melesenkan teknologi Windsurf, iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengaturcaraan dikuasakan oleh kecerdasan buatan.


Ringkasan AI
  • Google mengumumkan pelesenan teknologi Windsurf, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengaturcaraan berasaskan kecerdasan buatan.
  • Beberapa pekerja Windsurf termasuk CEO akan menyertai Google, selepas rundingan pengambilalihan oleh OpenAI tidak berhasil.
  • Langkah ini dijangka memperkukuh penawaran sokongan pengaturcaraan AI Google, termasuk perkhidmatan seperti Stitch untuk penjanaan antara muka aplikasi dan web.


Tidak setakat itu, Google juga mengambil beberapa pekerja dari syarikat berkenaan, termasuk CEO Windsurf yang akan menyertai Google.

Kebelakangan ini, pelbagai syarikat mula bersaing dalam mendapatkan bakat-bakat dan kepakaran dalam arena kecerdasan buatan ini.

Selain Meta, nampaknya Google turut tidak ketinggalan dan bersaing dalam mendapatkan bakat dan pengetahuan teknologi.


Sebelum ini, OpenAI dikatakan dalam perbincangan mengambil alih Windsurf. Namun, perkara berkenaan nampaknya tidak berhasil, dan pasukan serta teknologi berkenaan akan ke Google.

Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat penawaran sokongan pengaturcaraan dikuasakan kecerdasan buatan lebih baik di Google.

Sebelum ini, Google sedia menawarkan khidmat penjanaan antara muka aplikasi dan web dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Stitch. -Amanz







#Google #Windsurf #kecerdasan buatan #pengaturcaraan