Google mengubah Nearby Share ke Quick Share

Amanz
Disember 22, 2023 02:50 MYT
Selepas dikemas kini, notifikasi dipaparkan pada skrin mengatakan Nearby Share telah dijenamakan semula ke Quick Share. - Foto Amanz
NEARBY Share ialah sistem pemindahan fail yang digunakan pada peranti Android sejak 2020.
Tetapi hari ini beberapa pengguna Pixel melaporkan Nearby Share telah dijenamakan semula kepada Quick Share selepas menerima kemas kini Google Mobile Services 23.50.13.
Selepas dikemas kini, notifikasi dipaparkan pada skrin mengatakan Nearby Share yang merupakan jawapan Android kepada AirDrop di iOS, telah dijenamakan semula ke Quick Share.
Menarik di sini ialah Quick Share ialah sistem pemindahan data yang dibangunkan oleh Samsung sebagai jawapan kepada AirDrop.
Perubahan ini berlalu pada minggu yang sama Android Auto dikemaskini dengan penggunaan ikon aplikasi yang digunakan Samsung One UI.
Adakah Google dan Samsung bekerjasama di sebalik tabir untuk menggabungkan beberapa ciri yang serupa menjadi satu sahaja pada sistem operasi Android?
Kita sudahpun melihat sebelum ini Wear OS dikemas kini dengan bantuan Samsung dengan syarikat gergasi Korea ini berhenti menggunakan Tizen OS?
Sumber @Za_Raczke
#Android #Google #Quick Share #Samsung