Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

Google Messages tampil ciri kabur imej lucah

Amanz 15/08/2025 | 05:30 MYT
Google Messages di Android kini boleh menapis imej lucah secara automatik menggunakan sistem AI SafetyCore yang memproses imej terus dalam peranti. -Amanz
GOOGLE Messages telah dikemas kini di peranti Android pagi ini dengan ia kini boleh menapis kandungan yang disyaki lucah.


Ringkasan AI
  • Google Messages di Android kini boleh menapis imej lucah secara automatik menggunakan sistem AI SafetyCore yang memproses imej terus dalam peranti.
  • Imej yang dikesan mengandungi kandungan lucah akan dikaburkan dan hanya boleh dilihat selepas ditekan oleh pengguna, disertai amaran serta pilihan untuk menyekat penghantar.
  • Ciri ini boleh diaktifkan melalui tetapan Messages di bawah bahagian Perlindungan dan Keselamatan dengan menghidupkan Perlindungan spam.


Apabila gambar diterima, Android System SafetyCore akan melakukan pemprosesan imej terus daripada peranti.

Jika mengesan imej mengandungi elemen lucah, ia akan dikaburkan secara automatik. Gambar sebenar hanya akan dapat dilihat dengan jelas selepas ditekan oleh pengguna.

Selain mengaburkan imej, Messages juga akan memaparkan notifkasi untuk memberitahu pengguna mengapa imej lucah adalah berbahaya.

Terdapat juga butang untuk menghalang daripada menerima lebih banyak mesej daripada penghantar imej lucah.

Messages juga akan memberikan amaran mengenai risiko jika pengguna ingin menghantar imej lucah yang diterima kepada pengguna lain.

Ia hanya akan dihantar selepas pengguna menyedari risiko menyebarkannya.

Ciri perlindungan ini boleh diaktifkan menerusi tetapan Messages. Klik ikon wajah akaun, kemudian pergi ke Tetapan messages dan kemudian ke Perlindungan dan Keselamatan. Pilih untuk mengaktifkan Perlindungan spam. -Amanz






#Android #Google Messages #tapis imej lucah #AI SafetyCore