[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
GADGETS

Google NotebookLM perkenal Featured Notebook untuk beberapa topik tersedia

Amanz 15/07/2025 | 08:30 MYT
Google NotebookLM kini menawarkan ciri Featured Notebook dengan 8 topik terpilih seperti karya Shakespeare dan ramalan ekonomi oleh The Economist. -Amanz
GOOGLE NotebookLM bermula sebagai kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu menghasilkan nota mengulang kaji bersepadu daripada pelbagai dokumen berbeza.


Ringkasan AI
  • Google NotebookLM kini menawarkan ciri Featured Notebook dengan 8 topik terpilih seperti karya Shakespeare dan ramalan ekonomi oleh The Economist.
  • Ciri ini membolehkan pengguna berkongsi buku nota dan podsiar secara awam, dengan lebih 140,000 kandungan telah dikongsi sejak Jun.
  • Google merancang untuk menambah lebih banyak topik melalui kerjasama dengan penerbit seperti The Economist dan The Atlantic, namun pelancaran ciri ini dilakukan secara berperingkat.


Kemudian ia boleh menghasilkan podsiar interaktif mengenai topik yang diberikan.

Kini NotebookLM memperkenalkan pula ciri baharu untuk beberapa topik Featured Notebook.

Sebanyak 8 topik sahaja ditawarkan oleh Google setakat ini mengenai topik seperti karya lengkap William Shakespeare, prestasi 50 syarikat utama dunia pada Q1 2025, ramalan 2025 oleh The Economist dan juga fakta sains mengenai Taman Yellowstone.

Ciri Featured Notebok ialah kesinambungan kepada ciri berkongsi buku nota dan podsiar secara awam yang diperkenalkan pada bulan Jun lalu.

Google berkata setakat ini lebih 140,000 buku nota dan podsiar telah dikongsi oleh pengguna.

Seterusnya lebih banyak buku nota akan dimasukkan ke dalam Featured Notebok menerusi kerjasama Google dengan The Economist dan The Atlantic.

Walaupun ciri ini telah dilancarkan hari ini, saya belum dapat mengaksesnya.

Mungkin kerana seperti kebiasaan, Google memperkenalkannya secara berperingkat kepada pengguna global. -Amanz





#Google #NotebookLM #Featured Notebook #kongsi buku nota dan podsiar