GADGETS
Google One Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun
Pelan ini menyediakan 30GB storan awan, sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang tambahan bagi menyimpan fail, foto dan e-mel. -Foto Amanz
GOOGLE menambah satu lagi pelan langganan Google One untuk pasaran Malaysia melalui penawaran Google One Lite, iaitu pelan peringkat asas yang lebih rendah berbanding Google One Basic.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pelan ini menyediakan 30GB storan awan, sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang tambahan bagi menyimpan fail, foto dan e-mel.
Secara asasnya, setiap akaun Google menerima 15GB storan percuma.
Dengan langganan Google One Lite, kapasiti tersebut digandakan kepada 30GB yang boleh digunakan pada Google Drive, Google Photos dan Gmail.
Sebagai perbandingan, pelan Google One Basic menawarkan storan sebanyak 100GB untuk pengguna yang memerlukan ruang lebih besar.
Google One Lite ditawarkan pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun.
Google turut menyediakan promosi untuk tiga bulan pertama serta tawaran harga lebih rendah bagi tahun pertama untuk langganan tahunan, bergantung pada kempen semasa.
Pengguna boleh melanggan atau menyemak pelan ini melalui aplikasi Google One. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Google melancarkan pelan langganan Google One Lite dengan 30GB storan awan, sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang tambahan.
- Pelan ini menawarkan kapasiti yang digandakan daripada 15GB percuma kepada 30GB untuk Google Drive, Google Photos, dan Gmail.
- Harga langganan Google One Lite adalah RM3.50 sebulan atau RM35 setahun.
Pelan ini menyediakan 30GB storan awan, sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang tambahan bagi menyimpan fail, foto dan e-mel.
Secara asasnya, setiap akaun Google menerima 15GB storan percuma.
Dengan langganan Google One Lite, kapasiti tersebut digandakan kepada 30GB yang boleh digunakan pada Google Drive, Google Photos dan Gmail.
Sebagai perbandingan, pelan Google One Basic menawarkan storan sebanyak 100GB untuk pengguna yang memerlukan ruang lebih besar.
Google One Lite ditawarkan pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun.
Google turut menyediakan promosi untuk tiga bulan pertama serta tawaran harga lebih rendah bagi tahun pertama untuk langganan tahunan, bergantung pada kempen semasa.
Pengguna boleh melanggan atau menyemak pelan ini melalui aplikasi Google One. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah storan yang ditawarkan oleh pelan Google One Lite?
A: Google One Lite menawarkan 30GB storan awan untuk Google Drive, Google Photos, dan Gmail. - Q: Berapakah harga langganan bagi Google One Lite?
A: Harga langganan Google One Lite adalah RM3.50 sebulan atau RM35 setahun. - Q: Bagaimana pengguna boleh melanggan atau menyemak pelan Google One Lite?
A: Pengguna boleh melanggan atau menyemak pelan Google One Lite melalui aplikasi Google One.