GADGETS
Google Photos boleh ubah gambar jadi video dengan bantuan AI
Google Photos akan memperkenalkan ciri baharu dalam tab "Create" yang membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video 6 saat menggunakan model AI Veo 2. -Amanz
PENGGUNA Google Photos kelak boleh mengubah gambar statik menjadi video menerusi kemas kini ciri Create terus dari dalam aplikasi.
Ringkasan AI
Google mengatakan menerusi tab baharu ini, gambar diubah menjadi video sepanjang 6 saat menggunakan model Veo 2.
Ini ialah model AI satu generasi di belakang versi terkini Veo 3. Oleh itu gambar sekadar boleh diubah menjadi video tanpa audio.
Turut boleh diakses menerusi tab Create ialah ciri Remix baharu. Gambar asal boleh diubah menjadi lakaran pensel, catan air, gaya anime, dan banyak lagi.
Ini adalah ciri mirip yang sebelum ini ditawarkan menerusi Pixel Studio dan sama dengan yang wujud dalam Honor AI dan Galaxy AI.
Semua gambar dan video yang dijana AI ini kemudiannya boleh diakses semula dalam tab Create.
Kesemua video dan gambar dijana akan mempunyai tera air SynthID supaya orang lain boleh melihat ia telah diubah daripada imej asal.
Pada ketika ini Google tidak pula mengatakan berapakah had jumlah janaan yang boleh dilakukan pengguna.
Ciri-ciri ini akan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu bermula Ogos pada peranti Android dan iOS. -Amanz
Ringkasan AI
- Google Photos akan memperkenalkan ciri baharu dalam tab "Create" yang membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video 6 saat menggunakan model AI Veo 2.
- Ciri tambahan seperti "Remix" membolehkan gambar diubah kepada gaya lakaran, catan air, anime dan lain-lain, dengan semua hasil dijana AI disimpan dalam tab sama dan dilabel dengan tera air SynthID.
- Ciri-ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat bermula Ogos 2025 untuk peranti Android dan iOS, namun had janaan pengguna masih belum diumumkan.