GADGETS
Google Photos kini tawar ciri suntingan video lebih baik
Pengguna hanya perlu memilih gambar, templat dan muzik latar sebelum Google Photos menjana video sorotan secara automatik. -Foto Amanz
GOOGLE Photos yang sebelum ini popular sebagai aplikasi pengurusan gambar kini menambah baik ciri suntingan video bagi memenuhi trend perkongsian di media sosial.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Antara ciri baharu ialah kemudahan menghasilkan video sorotan daripada gambar menggunakan templat.
Pengguna hanya perlu memilih gambar, templat dan muzik latar sebelum Google Photos menjana video sorotan secara automatik.
Selain itu, ciri suntingan video ditambah baik dengan pilihan memasukkan muzik, teks hiasan dan mengubah nisbah saiz video.
Pengguna juga boleh menyambungkan beberapa klip menjadi satu video panjang, menukar warna melalui penapis, menstabilkan rakaman daripada gegaran serta pelbagai fungsi lain yang kini menjadi standard dalam aplikasi video seperti TikTok dan Instagram.
Dengan pengenalan ciri ini, Google menyasarkan Photos sebagai aplikasi setempat untuk menyunting gambar dan video tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.
Kemas kini ini sudah mula diterima peranti Android dan akan diberikan kepada peranti iOS tidak lama lagi. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Google Photos menambah baik ciri suntingan video untuk menyesuaikan trend perkongsian media sosial dengan membolehkan pengguna menghasilkan video sorotan dari gambar menggunakan templat yang disediakan.
- Pengguna hanya perlu memilih gambar, templat, dan muzik latar, kemudian Google Photos akan menjana video sorotan secara automatik, serta menyediakan pelbagai pilihan suntingan seperti memasukkan muzik, teks hiasan, dan mengubah nisbah saiz video.
- Kemas kini ini memudahkan pengguna Android untuk menyunting gambar dan video tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan, sementara pengguna iOS dijangka menerima kemas kini ini tidak lama lagi.
Antara ciri baharu ialah kemudahan menghasilkan video sorotan daripada gambar menggunakan templat.
Pengguna hanya perlu memilih gambar, templat dan muzik latar sebelum Google Photos menjana video sorotan secara automatik.
Selain itu, ciri suntingan video ditambah baik dengan pilihan memasukkan muzik, teks hiasan dan mengubah nisbah saiz video.
Pengguna juga boleh menyambungkan beberapa klip menjadi satu video panjang, menukar warna melalui penapis, menstabilkan rakaman daripada gegaran serta pelbagai fungsi lain yang kini menjadi standard dalam aplikasi video seperti TikTok dan Instagram.
Dengan pengenalan ciri ini, Google menyasarkan Photos sebagai aplikasi setempat untuk menyunting gambar dan video tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.
Kemas kini ini sudah mula diterima peranti Android dan akan diberikan kepada peranti iOS tidak lama lagi. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah penambahbaikan terbaru yang dilakukan oleh Google Photos kepada aplikasinya?
A: Google Photos menambah baik ciri suntingan video yang membolehkan pengguna menghasilkan video sorotan daripada gambar menggunakan templat, memilih muzik latar, dan mengubah nisbah saiz video. - Q: Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk menjana video sorotan secara automatik menggunakan Google Photos?
A: Pengguna hanya perlu memilih gambar, templat, dan muzik latar sebelum Google Photos menjana video sorotan secara automatik. - Q: Apakah fungsi tambahan yang disediakan dalam ciri suntingan video terbaru Google Photos?
A: Fungsi tambahan termasuk memasukkan muzik, teks hiasan, menyambungkan beberapa klip menjadi satu video panjang, menukar warna melalui penapis, menstabilkan rakaman, dan pelbagai fungsi standard dalam aplikasi video popular seperti TikTok dan Instagram. - Q: Apakah objektif Google dengan pengenalan ciri baru ini dalam Google Photos?
A: Google bertujuan untuk menjadikan Google Photos sebagai aplikasi setempat yang lengkap untuk menyunting gambar dan video tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan. - Q: Bagaimanakah pengedaran kemas kini terbaru Google Photos kepada pengguna peranti Android dan iOS?
A: Kemas kini terbaru Google Photos sudah mula diterima oleh peranti Android dan akan diberikan kepada pengguna peranti iOS tidak lama lagi.