HARI ini Apple telah menjadikan Apple TV sebagai hab penstriman untuk majoriti platform penstriman video, termasuk dengan siaran langsung sukan. Mereka turut mengemas kini iTunes Store agar semua kandungan video hanya boleh diakses pada Apple TV sahaja. Tetapi tahukah anda yang Google telah melakukan perkara sama sejak dua tahun lepas dengan Google TV?

Sebelum wujudnya Google TV, kandungan video boleh disewa dan dibeli melalui Google Play Movies & TV. Aplikasi ini dihentikan bermula 17 Januari 2024 agar pengguna berpindah menggunakan YouTube dan aplikasi Google TV.  Namun begitu, pada Play Store versi web kategori ini masih dikekalkan dan ia dilihat mengelirukan orang ramai. Oleh yang demikian, kini Play Store turut tidak lagi akan menyertakan kandungan video.

Menurut Google, berikut adalah kaedah baharu membeli atau menyewa kandungan video;

- Amanz