GADGETS
Google sahkan Android, Chrome OS akan digabungkan
Google akan menggabungkan sistem operasi Android dan Chrome OS sebagai langkah strategik untuk bersaing dengan iPad dan menyeragamkan pengalaman pengguna. -Amanz
GOOGLE akan menggabungkan sistem operasi Android dan Chrome OS di masa hadapan.
Ringkasan AI
Ini disahkan oleh Presiden bahagian ekosistem Android, Sameer Samat dalam temu bual bersama Techradar.
Langkah ini dilihat sebagai usaha Google untuk akhirnya memberikan persaingan kepada iPad.
Walaupun Google telah membangunkan sistem operasi khas untuk tablet sejak Android Honeycomb 14 tahun lalu, pembangunan ciri khusus untuk tablet Android sudah menjadi agak perlahan sehingga kelihatan seperti dianaktirikan oleh Google.
Sinergi di antara Android dan Chrome OS sudah diacah sejak 2016 menerusi Andromeda OS.
Jun tahun lalu Google mengatakan Chrome OS akan dibangunkan dengan tindanan Android bagi memudahkan pelbagai ciri AI disokong pada sistem operasi tersebut.
Tahun ini pula Android 16 mempunyai sokongan mod desktop secara rasmi selepas sekian lama dibangunkan secara berasingan oleh pengeluar seperti Samsung DeX.
Sudah tiba masanya Android dan Chrome OS digabungkan menjadi satu sistem operasi memandangkan Apple sendiri sudah menyeragamkan antara muka kesemua sistem operasi mereka dan iPadOS kini meminjam pelbagai ciri macOS. -Amanz
Ringkasan AI
- Google akan menggabungkan sistem operasi Android dan Chrome OS sebagai langkah strategik untuk bersaing dengan iPad dan menyeragamkan pengalaman pengguna.
- Sinergi antara Android dan Chrome OS telah lama dirancang, dengan ciri seperti mod desktop Android 16 dan tindanan Android dalam Chrome OS untuk menyokong teknologi AI.
- Penggabungan ini dijangka memperkukuh ekosistem peranti Google, selaras dengan pendekatan Apple yang menyatukan antara muka iPadOS dan macOS.