GADGETS
Google Translate bakal hadir dengan ciri seumpama Duolingo
Google sedang membangunkan ciri baharu bernama Practice dalam aplikasi Google Translate untuk pembelajaran bahasa secara interaktif. -Amanz
HARI ini, salah satu aplikasi pembelajaran bahasa yang popular adalah Duolingo. Ia digunakan ramai dalam mempelajari perkataan dan cara sebutan baharu setiap hari.
Ringkasan AI
Selain Duolingo, terdapat beberapa penawaran lebih kurang sama, dan kini Google dilihat turut ingin menyertai arena berkenaan melalui kemaskini pada Google Translate.
Google menamakan ciri ini sebagai “Practice” pada Google Translate.
Ciri ini masih pada fasa pembangunan, dan dikongsikan oleh AndroidAuthority melalui versi pembangunan aplikasi Google Translate.
Practice pada Google Translate ini dilihat hadir dengan sokongan kecerdasan buatan, membolehkan pengguna menjana sesuatu pembelajaran berasaskan kepada keperluan seseorang pengguna.
Latihan juga diselarikan dengan pelbagai senario harian untuk memudahkan pengguna melatih menggunakan bahasa baharu dalam penggunaaan harian.
Secara kasar, ia dilihat ciri Practice ini telah bersedia untuk pelancaran akhir, dan mungkin diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Kita juga mungkin mendengar lanjut dan mengetahui sepenuhnya penawaran ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan pesaing Duolingo daripada Google ini. -Amanz
Ringkasan AI
- Google sedang membangunkan ciri baharu bernama Practice dalam aplikasi Google Translate untuk pembelajaran bahasa secara interaktif.
- Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan untuk menjana latihan berdasarkan keperluan pengguna dan diselarikan dengan senario harian.
- Practice dilihat hampir siap untuk pelancaran dan dijangka menjadi pesaing kepada aplikasi seperti Duolingo dalam masa terdekat.