GADGETS
Google Try It On bolehkan baju 'dipakai' sebelum dibeli dalam talian
Try It On ialah ciri baharu Google yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkan pengguna mencuba pakaian secara maya menggunakan gambar tubuh mereka sendiri. -Amanz
SEJAK pandemik saya lebih selesa membeli pelbagai produk dalam talian. Powerbank, pengecas, keropok baby, makanan kucing, kerangka, dan produk kecantikan telah dibeli tanpa sebarang isu.
Ringkasan AI
Tetapi membeli baju masih lagi dipenuhi pelbagai pancaroba kerana yang cantik di badan model tak sama di atas badan saya yang mirip seekor Bos gaurus.
Di Google I/O pagi tadi, Google melancarkan ciri baharu Try It On yang membolehkan baju yang ingin dibeli dipakaikan pada tubuh dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).
Ciri ini boleh diuji menerusi Search Labs hari ini dan pengguna hanya perlu memuat naik gambar keseluruhan tubuh dalam ruang yang terang.
Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik.
Ciri ini masih dalam fasa ujian dan belum boleh diakses pengguna Search Labs di Malaysia pada ketika ini. -Amanz
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan ciri baharu "Try It On" yang menggunakan AI untuk memvisualkan pakaian pada tubuh pengguna melalui gambar yang dimuat naik.
- Try It On ialah ciri baharu Google yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkan pengguna mencuba pakaian secara maya menggunakan gambar tubuh mereka sendiri.
- Pengguna hanya perlu memuat naik gambar penuh badan dalam pencahayaan yang baik ke Search Labs, dan apabila menemui pakaian di Google Search, mereka boleh tekan butang -Try It On- untuk melihat pakaian tersebut dipakaikan pada gambar mereka.
- Buat masa ini, ciri ini masih dalam fasa ujian dan belum tersedia untuk pengguna di Malaysia.