GADGETS
Google ubah algoritma pengesanan gempa bumi selepas gagal beri amaran penting di Turkiye
Google telah menambah baik algoritma AEA untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan amaran pada masa hadapan. -Amanz
PADA Februari 2023, gempa bumi dengan kekuatan 7.8 pada skala Richter melanda Turkiye menyebabkan 53,537 terkorban manakala lebih 107,009 lagi mengalami kecederaan.
Ringkasan AI
Sistem Makluman Gempa Android (AEA) yang dibangunkan Google didapati gagal memberikan amaran serius “Take Action” kepada lebih 4 juta penduduk yang tinggal di dalam kawasan yang terjejas.
Menurut laporan BBC, sistem AEA hanya memberikan amaran tertinggi ini pada peranti Android pada sebilangan peranti pengguna Android dan turut memberikan amaran “Be Aware” sahaja yang kurang serius.
Amaran Take Action akan membunyikan penggera yang kuat dan boleh melangkaui tetapan Do Not Disturb pada peranti Android.
Dalam kertas kajian yang diterbitkan oleh Google dalam jurnal Science, mereka mendapati algoritma AEA mengagak gempa mempunyai kekuatan sehingga 4.9 skala Richter sahaja.
Disebabkan kegagalan AEA di dunia sebenar, Google telahpun mengubah algoritma yang digunakan bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
AEA diperkenalkan pada tahun 2020 dengan ia menjadikan berbilion peranti Android di seluruh dunia sensor mengesan gempa bumi.
Sejak diperkenalkan ia telah mengesan dan memberikan amaran gempa pada peranti Android termasuk di Malaysia. -Amanz
Ringkasan AI
- Gempa bumi kuat melanda Turkiye pada Februari 2023 menyebabkan lebih 53,000 kematian dan lebih 107,000 kecederaan.
- Sistem Makluman Gempa Android (AEA) gagal memberikan amaran serius kepada majoriti penduduk terjejas kerana algoritma tersilap menganggarkan kekuatan gempa hanya 4.9 skala Richter.
- Susulan kegagalan tersebut, Google telah menambah baik algoritma AEA untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan amaran pada masa hadapan.