GADGETS
Google uji antara muka baharu Gemini, fokus penggunaan visual
Gemini baharu kelak akan lebih menekankan penggunaan berasaskan visual berbanding ketika ini. -Foto Amanz
GOOGLE kini nampaknya dalam persiapan untuk memperkenalkan kemas kini antara muka baharu untuk aplikasi kecerdasan buatan mereka, Google Gemini.
Ringkasan AI
Melalui Android Authority, Gemini baharu kelak akan lebih menekankan penggunaan berasaskan visual berbanding ketika ini.
Antara muka baharu turut membawa kepada penggunaan sejumlah ciri-ciri melaluinya, sekali gus memberikan idea penggunaan kepada pengguna baharu Gemini, atau mereka yang tidak aktif menggunakannya.
Ini termasuk dalam penjanaan teks, selain turut memberikan idea berkenaan bagaimana penggunaan visual akan kelihatan.
Langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi kadar penggunaan Gemini berbanding pesaing lain.
Untuk makluman, sebelum ini Meta telah memperkenalkan latar masa khusus memfokuskan video, dan sama juga OpenAI dengan aplikasi Sora yang memfokuskan perkongsian video.
Google dilihat turut tidak ingin ketinggalan dan kemaskini ini dijangka memperlihatkan keupayaan Gemini kepada semua, dan apakah yang ia kian popular digunakan pada sesuatu masa. -Amanz
Ringkasan AI
- Google sedang bersiap memperkenalkan antara muka baharu untuk Gemini yang lebih menekankan penggunaan visual dan penjanaan teks.
- Antara muka ini bertujuan menarik pengguna baharu dan tidak aktif dengan ciri-ciri interaktif serta idea penggunaan yang lebih jelas.
- Langkah ini dijangka meningkatkan kadar penggunaan Gemini dalam persaingan dengan Meta dan OpenAI yang turut fokus kepada kandungan video.