GOOGLE Wallet tular minggu lalu dengan sokongan semakin banyak bank-bank tempatan membolehkan pembayar nirtunai dilakukan tanpa kad fizikal.

Terkini aplikasi Google Wallet telah dikemas kini dan keperluan sistem operasi paling minimum juga telah diubah.

Kini anda perlu memiliki peranti dengan sekurang-kurangnya Android 9 atau Wear OS 2.0 untuk terus menggunakan Google Wallet.

Semasa dilancarkan pada tahun 2022, sistem operasi yang diperlukan ialah hanya Android 5.2.

Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.

Kepada pemilik peranti yang sudah agak berusia hampir 7 tahun (Android 8 Oreo dilancarkan pada tahun 2017), kini tiba masanya untuk membeli yang baharu kerana Google Wallet tidak lagi boleh digunakan. -Amanz