awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPMS tegaskan tidak terlibat dalam mana-mana perhimpunan minggu ini

Bernama
Bernama
24/07/2025
21:10 MYT
GPMS tegaskan tidak terlibat dalam mana-mana perhimpunan minggu ini
Fazreen berkata, GPMS tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama, logo atau identiti pertubuhan itu dalam sebarang bentuk propaganda atau penyertaan demonstrasi politik. - Gambar Facebook GPMS Selangor
KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menegaskan, pihaknya tidak terlibat dalam mana-mana perancangan, penglibatan mahupun sokongan terhadap mana-mana perhimpunan yang berlangsung minggu ini termasuk Himpunan Turun Anwar.
Presidennya, Fazreen Fauzi berkata, GPMS tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama, logo atau identiti pertubuhan itu dalam sebarang bentuk propaganda atau penyertaan demonstrasi politik.
"Sebarang individu atau kumpulan yang mendakwa mewakili GPMS dalam himpunan tersebut adalah bertindak di luar pengetahuan dan kebenaran rasmi pertubuhan dan GPMS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang melibatkan nama kami," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, GPMS merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda pendidikan, pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar serta belia Melayu secara konstruktif dan melalui saluran sah.
Sehubungan dengan itu, GPMS, katanya, menyeru semua pihak khususnya para pelajar dan anak muda kekal fokus kepada pembangunan diri dan kemajuan bangsa menerusi pendekatan ilmu, akhlak serta rundingan terbuka bukannya konfrontasi jalanan.
Semalam, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya menerima 60 laporan polis dari seluruh negara setakat Rabu lepas, berhubung perhimpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di ibu negara.
Perhimpunan itu dijangka disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta masyarakat awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPMS
#kebenaran rasmi
#propaganda
#agenda pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan