GPS sokong Muhyiddin, demi kestabilan Kerajaan Persekutuan

Astro Awani
Mei 22, 2020 07:21 MYT
Menerusi kenyataan sama tegasnya, GPS juga merupakan rakan kerajaan Persekutuan. FOTO: GAMBAR FAIL
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian menyokong kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Menurut Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanti Linggi, sokongan dibuat atas kepentingan negara sekali gus memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Tegasnya, GPS juga merupakan rakan Kerajaan Persekutuan.
“Kerjasama ini adalah untuk memastikan pentadbiran negara berjalan baik serta kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan negara dengan lancar.
"Bagaimanapun GPS akan terus melindungi dan memperjuangkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 juga Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC)," katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.
#Datuk Alexander Nanta Linggi #Gabungan Parti Sarawak #GPS #Inter-Governmental Committee IGC #Perjanjian Malaysia 1963 #Perlembangaan Persekutuan #Sarawak