GADGETS

Grab umum kerjasama dengan Anthropic untuk integrasi kecerdasan buatan

Amanz 08/04/2025 | 04:30 MYT
Grab meneruskan kerjasama dengan OpenAI dan menambah rakan baharu, Anthropic, yang menawarkan model bahasa raya Claude. -Amanz
GRAB sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dalam mengintegrasikan sejumlah teknologi pada penawaran mereka, sekali gus menambah baik penawaran Grab kepada peruncit, pemandu, dan juga pengguna sendiri.

Ringkasan AI
  • Grab meneruskan kerjasama dengan OpenAI dan menambah rakan baharu, Anthropic, yang menawarkan model bahasa raya Claude.
  • Model AI pada Grab digunakan untuk membantu peruncit, khidmat sokongan, dan lain-lain, serta membangunkan ejen AI untuk menyelesaikan tugasan.
  • Grab memfokuskan penggunaan AI untuk menyelesaikan masalah harian sebenar pengguna mereka.

Pada acara GrabX 2025 yang diadakan hari ini, Grab mengumumkan mereka meneruskan lagi kerjasama dengan OpenAI, selain turut menambah rakan kerjasama baharu, iaitu Anthropic.
Anthropic merupakan salah satu pesaing terdekat untuk OpenAI, dan menawarkan model bahasa raya mereka yang dinamakan Claude.
Syarikat Anthropic turut menerima sokongan daripada sejumlah firma teknologi lain, termasuk Amazon dan juga Google.
Model kecerdasan buatan pada Grab sedia digunakan untuk membantu peruncit, untuk khidmat sokongan, dan beberapa yang lain.
Tidak setakat itu, Grab kini mengumumkan akan turut membangunkan ejen AI yang membantu menyelesaikan sejumlah tugasan – terutamanya untuk peruncit dan penyedia seru-pandu.
Grab menyatakan penggunaan AI oleh mereka akan lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah harian sebenar untuk pengguna mereka. -Amanz
#grab #OpenAI #Anthropic #Claude #kecerdasan buatan