awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan tidak perlu daftar di JobMatching@GREaT untuk cari pekerjaan - KPT

Bernama
Bernama
05/03/2022
04:23 MYT
Graduan tidak perlu daftar di JobMatching@GREaT untuk cari pekerjaan - KPT
JobMatching@GREaT yang dilancarkan pada 28 Sept 2020 merupakan modul pemadanan pekerjaan menggunakan data SKPG bagi mengenal pasti graduan yang masih belum mendapat pekerjaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan tidak perlu mendaftar permohonan pekerjaan melalui JobMatching@GREaT kerana maklumat sedia ada dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) akan dipadankan secara automatik dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan pihak industri atau syarikat.
Menerusi kenyataan hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan sekiranya graduan terbabit layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan industri atau syarikat, graduan berkenaan akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
KPT berkata demikian bagi menjelaskan info yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa graduan perlu mendaftar melalui JobMatching@GREaT bagi mendapatkan pekerjaan.
JobMatching@GREaT yang dilancarkan pada 28 Sept 2020 merupakan modul pemadanan pekerjaan menggunakan data SKPG bagi mengenal pasti graduan yang masih belum mendapat pekerjaan. Sistem tersebut memadankan kelulusan graduan dengan kerjaya secara automatik menggunakan kaedah tapisan multikriteria dan pemeringkatan.
Menurut KPT, sistem yang menggunakan tagline 'Industri Jejak Graduan' itu memudahkan pihak industri atau syarikat untuk menjejaki graduan yang belum mendapat pekerjaan tanpa perlu memohon pekerjaan seperti kebiasaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#graduan
#JobMatching GREaT
#mencari pekerjaan
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan