awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2019
05:08 MYT
GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand. -Gambar fail
Sejumlah 38 pelayan pelanggan atau GRO warga asing dicekup polis selepas kelab mewah yang menjadi lubuk haram itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi.
Kelab mewah di Jalan Perak di tengah segi tiga emas ibu negara itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan.
Meletakkan harga keahlian berpuluh ribu ringgit sambil dilayani GRO dari pelbagai negara, menjadikan kelab mewah ini sering dikunjungi ahli perniagaan dan korporat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand.
Ketika ditahan, lapan pelanggan sedang leka dilayan GRO.
Enam pekerja termasuk penjaga dan DJ ditahan manakala resit dan peralatan audio dirampas.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk pemeriksaan lanjut dan dokumentasi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#Belarus
#D7
#GRO warga asing
#Jalan Perak
#Kazakhstan
#Kelab mewah
#pelayan pelanggan
#Rusdi Mohd Isa
#Ukraine
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan